:: Mr & Mrs Ee ::

Friday, June 29, 2012

Happy Friday!

Assalamualaikum & Salam Jumaat!

Hari ini manyakkkk happpyyyyy!!
Esok mau ke Kota Singa!
Shopping Time!!
Ada sape2 nak kirim? perfume? handbeg?
Singapore tgh SALES!!
Sila PM sebelum jam 6 ptg yer! berserta ongkosnya sekali.
kirim air liur dapatnya nan hado la yer


Happy Weekend yuholsss!!\

Thursday, June 28, 2012

Food Review: DARABIF

Salam.

Korang dah lunch?
aku puasa hari ni.

Pada hari Jumaat yg lalu... Saya dan kawan2 mahu mencoba makanan baru. DARABIF namanye, bertempat di Wisma Cosway. Actually tak der la baru... cuma baru teringin nak try test. pastu kami pergi berempat.
Ada promotion.. "Buy 3 combo, Free 1 Combo"
So aku ngan Arill amik MAXI MOO RM12.95(double beef+cheese), Lylee amik MOO RM 10.95 (single beef) and Zue amik set LAMBorghini RM13.90 (sekeping lamb yg besauuuu). derang 3 org amik float kene tambah RM1.50 each cup.  So total RM44j termasuk tax. bahagi 4 kene byr sorang RM11 jer! Berbaloi2!!

Aku ngan Arill punya!

Camera BB huduh je gambar. takde effect! 
Full set combo. berusaha gigih aku nak tunjuk daging burger dia yg tebal dan sedap. packaging pun menarik. senang nak pegang burger tuh. memang SEDAP!!  
nyampah tak leh nak tunjuk efek SEDAP melampau tuh!
apa pun mmg sedap! lagi sedap dari Big Mag!
(see brp kali aku ckp SEDAPPPPP??)

Wednesday, June 27, 2012

Durian

Alhamdulillah... dapat gak merasa! akhirnyaaa!!!
Makan berduaan je kat Taman Melawati.
 nyumss nyumsss!!
juling mata mak henchek dapat makan dorian! 
Sebijik ajer! RM36 - 1.2kg!
Brand Musang King katanyaaa
Tapi aku rase bukan En Musang
Lantak ko lah kalau kau menipu kau gak berdosa ya para penjual sekelian!
apapun syukur dpt makan durian. walau sebijik, senak gak nak abiskan laki bini!

Tuesday, June 26, 2012

Nak durian, dpt Nasi Lemak

Last week, nak sgt2 makan durian. adik2 aku pun dok sebut2 durian. kejab jadik nak g makan durian, kejab malas, Last2 kul 12 baru nak turun g carik durian. Adik aku ckp nk makan musang king kat downtown. pusing2 hazab nak dpt parking. so aku ckp kita try carik kat chow kit.

Lama tak g chowkit. boleh plak tak jumpa kedai jual durian. sampai 3 kali pusing kat City Garden aka nasik lemak tetek! elok jugak sbb aku mmg belum dinner. membayangkan perut kosong nak makan durian , mmh=g aku carik nahas la kan? So kita layan makan nasik lemak kul 1 am!
ni 1st time aku makan sini lepas tgk JJCM. mmg sedap terbaek lah! nasi lemak sebungkus RM0.80 je. nasik lemak enak di makan begitu shj! macam2 laukkkkkkkkk!! semua nakkkkk!!!
aaku amik lauk sotong sambal kacang (paling terbaek!), ayam goreng and paru = RM10.50.
Adik aku amik rendang daging (terbaek!), paru ngan ayam goreng jugak! perghhhh mmg pueh hati!!
   
malam tu ada group ni nyanyi2. suara sedappppppppp sgt! sambil makan ramai follow nyanyi bersama. mendayu2 yuholssss. lepas abis 5-6 lagu, dia dtg kutip duit. sedekah la sket kt derang.

Monday, June 25, 2012

Syukur... Sampul putih!

Alhamdulilah... Naik gaji lagik!

Di bayar dgn arears dari January.

Lambat byr for this year.

Patut byr sekali masa bonus march aritu.

Apepun tetap bersyukur.

Boleh la buat belanja birthday mum.

Lets holiday this week!

Singapore here we come!!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Oh My English classes!

Kisah lama.

nak perabih duit company. pilih ajer course2 yg ada. English class pun aku belasah je. ok what? ko hengat ko tu hebak sgt? cam biase la, g kelas dgn anak dara sorang tu. kalau dia tak de mau aku sangap tersengguk2 sampai pening2 sakit kepala bagai.
Pagi tu Enchek Hubby hantar Mak henchek! Hari pertama je. Hari ke-2 drive sendiri.
Course kat PJ office. cam biase lalu Duke keluar kat sini. Jem sket.
Awal giler aku sampai. pose2 manje2 sket. 
tu dia Engrish Tcher kitew! dari UM. 
kawan2 dari branch lain. ko tgk mamay yg tersandar tu? dia tak leh fokus dlm kelas sbb tgk kitorang asik ketawa je. dia plak budget org nak tgk2 dia. oh pehlisss!!
Budak Mok mok tgh menyuap nasik beryani. makanan FOC.
Toilet kat PJ ofice ni best. hahahah...

----------------------------------------------------------------------------

Day 02

HAri ni aku drive. PErgi balik jem!! berdoa supaya tidak di transfer ke PJ!

Kelas hari ke 2 boring sket. so aku asik dok ulang g ladies. hamik ko bercamwhore je la kejenye. siyes buhsan weyyyy. bukan la terror sgt, tp kelas mase 1st day lebih fun.




 Saya suka pergi training sbb ada makan, makan, dan makan! yeayyyyyyyyy!!
Makanan sedap2 plak tu. motip sgt nak attend course sbb enjoy da food! kahhhhh
Ko nak tau bangla ni suka kat Lyana?? KOPI dia sedap yakmatttt! nikmat hingga ketitisan terakhir! So aku ngan lyana dok ulang nak minum kopi ni 3-4 cup! pastu aku pasan bangla ni asik tgk Lyana. Sampai time ni kitoang layan dia borak, tuangkan kopi Lyana sampai tumpah-tumpah ko! hadoiii giler okeh!
Time ni tea time session yang lasttttt sekali. Masa nak wrap class, si bangla ni siap intai Lyana kat pintu class. vungoks! tak hagak2 nak tgk org! eh mak henchek tak jeles okeh! bersyukur tak de bangla minat kat mak henchek. untung la Lyana, yg minat dia semua taraf2 international! kahhhhhhhh



Friday, June 22, 2012

Sinful cakes!

Salam Jumaat.

Di sebabkan semalam aku tidur hotel, kekonon tak yah la puasaaaaaaa. padahal minggu ni aku target nak puasa Selasa - Jumaat. Byk tul dugaan katanye.. Dapat puasa Selasa and Rabu je. ok la tu kan?

Semalam mcm hari makan kek plak. elok je aku puasa 2 hari, semalam pagi aku tala Pandan layer kek yg sedap tuh.... pastu lepas lunch ada farewell plak, kasik ni Peanut Choc Cakes! ya rabbbiii... sedap giler hokey! tu pun amik manja2 je.
 haaa kau tengok sikit punya tebal peanut butter dia.
makan byk muak. makan sikit tetap rase berdosa dgn kalori!
erkkk maafkan diriku Sifu Kalori!

Thursday, June 21, 2012

Cerita buka puasa semalam...

Semalam kan mak henchekkkk puasa. Semalam jugak di ketahui kawan aku fly turun KL sbb ada training. huwaaaaarghhhhh!! kenak sik madah kat aku awal2???? dia ckp ingat aku cuti pergi Singapore this week. ngeeee!!! terus sok sek sok sek! Lyana pun nak join tidur saama. ala kat Novotel hotel je balakang opis aku ni je pun. maka terkinja2 la anak-anak dara sekelian. Aku plak dah mintak izin laki nak teman kawan. Dia ok je. "B, u balik umah mak u eh?"
Di sebabkan aku puasa smlm and selalu kalau Umi dtg KL mmg g makan kat Saisaki. So semalam mak berbuka makanan Jepang yuhols! eh aku ni pon makan takut2 jugak, maklum la perut aku kan super duper sensitip. makan yg biase2 je sbb takut memudaratkan ferut aku. Alhamdulillah perut aku ok malam tu, cuma lepas makan je meragam manja2.
"ermmm dap dap nyeeee SALMON tu." . penangan Master Chef gak ni, terasa2 kat tekak tgk salmon tuh! alhamdulillah dapat gak semalam.


Lepas berbuka terus ajak Umi g umah aku jab. nak pack baju tuk sampai hari Jumaat. Balik singgah Jusco memborong tidbits. kekonon Umi nak berjaga sbb nk siapkan assignment. and kekonon nak teman dia, nan hadoooo!! kul 12.30am semua dah shut down. kahhhh... penat sgt la tu... 
hiyarghhh hiyarhhhhh
#LuruskanBadan

Wednesday, June 20, 2012

Gugu Gaga Aqil

Ni cerita Sabtu lepas punya Sabtu lepas punya Sabtu!!

Cam biase la.. ibu Aqil anta rumah mummy suh bbsit Aqil. Takut nenek dia kasik makan bubur campur lada hitam lettew. So cam biase memula Aqil crancky sbb ingat pepagi ibu ayah dia nak bwk jalan, end up sampai umah mommy. ko tak yah nak perasan sgt la Aqillll oi! meh sini anje anje debab mommy mehhh!!
Baru nak breakfast

muka mintak kesian! baru lepas nangis. tapi nangis kejab je. Tapi dia nak sibuk carik mak aku gak. syabas! kul 10 Acu dia call nak dtg jugak. syabas sekali lagi. leh la mummy goyang inul kaki!

Kul 12 ayah dia anta ibu dia umah aku, wah cam transit sudahhh. Rupanya sok sek sok sek nak g Jalan TAR. siap dah letak stroller Aqil kat kete Acu. pastu aku ckp meh la mummy bwk g Kajang. Laki aku ada meeting kat Kajang, area umah ibu Esya. so volunteer nak jaga Aqil sampai ptg.
Kemain tangan pegang tab sambil layan Dibo

Ni 1st time aku bwk Aqil kuar ngan Ee. memula Ee dukung Aqil dia muka blur je. dalam lict masa nak ke basement muka mcm nak nangis. tapi Aqil kan gud boy! naik kete buat muka panik jab pandang2 Ee. bila dah jalan mulut dia kemain bising tegur2 Ee and sekeliling dia.

We all benti kejab makan kat Tesco AMpang sbb Mrr2 jem giler. Masa turun dari kete Aqil kelam kabut takut Ee tinggal dia, terus best fren okeh! masa nak beli makanan, Ee nak pas kat aku kemain sombong Aqil tak nak lepas dari Ee. haippp.. haipppp

OTW ke Kajang lalu Ulu Langat pun jem. Aqil dah mula buas memanjat sana sini. at last tidur la kejab sampai umah mak ngah dia terus bgn, but sgt behave tau bawak diri lak tu. bgn2 tak nangis, terus main.

kemain nko Aqil mcm budak besar!

 Lama mummy tak letak baby Esya debab2 uchuk2 neh. dah besar kan?

ni otw balik. muka dah ngantuk tp tahan mata gak.
*mak aih dagu mummy dabel chin!

Akhirnya exit Kajang Aqil pon lelap. Mummy pon lelap sampaiiiii depan umah atok dia. hahahah... penat sungguh mummy nko neh. kahhhhhh. Esoknya laki aku ckp badans engal2 sbb tak biase dukung Aqil. Aqil kan lasak, masa dukung tu la dia memanjat, terpusing sana, terpusing sini. hahahahahah

Baru nak ganti...

:: Mode: Ustajah Pilihan ;p ::

Salam semua..

Alhamdulillah hari ni masuk hari ke 2 aku ganti puasa. Haaaa kau lagi sebulan nak puasa baru nak ganti! And every year mesti aku lupa brp aku tinggal. Selalunya aku ganti 10 hari, but of course la aku tinggal takde la sampai 10 hari. Ape salahnye kan puasa lebih hari kan?

Berazam kekonon nak lost kan few KGs! Smlm baru 1st day puasa.. Kul 10am aku nak air Root Beer, kul 12noon aku nak air Mangga, kul 2pm aku nak air asam boi! Haaa kauuu.. Bebudak sgt! Aku kalau puasa makan mmg tak kesah. Janji berbuka AIR kene mabeles!

Semalam berbuka mihun goreng and air teh O strawberry jer. Sbb smlm aku sakit kepala, sbb kepala mak henchek terkejut kot 1st day puasa. Hopefully hari ni menten tanpa mengantuk!

Yuholss dah abis ganti puasa?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, June 15, 2012

Supper-derk!

Burpingggggg... Alhamdulillah

Baru selesai supper. Eh dinner kot! *jeling jam sudah jam berapa sekarang datuk harimauuuuuu??

Nasi 2 org makan... Lauk: telur dadar, sup ekor, kailang ikang masing *terbunyik ganu plop!, and sutun goreng tepung.. Urmmm dap! Dap!

Laki balik sibuk nak ajak mkn luar. Padahal ada je lauk masak lemak udang. Tp masa diskus2 nak makan apa.. Serentak ckp nak makan 'Sup Ekor'. Jadik moh la kiter!

Nak harap bini masak mau pening sampai esok pagi! Seyes tau kalau aku masak lepas tu terus rasa nak pitam. Mithali sgt khennnnn? #TDDMKA!

Psssttt: B, jom Enchek Musang?!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, June 14, 2012

Kadang kadang annoying jugak kan?

Salam

Sekarang ni ramai yang amik peluang berniaga online kan? Pastu kat FB berlambak2 org nak add. Aku dah malas nak approved. Terus reject. Tak kira mutual friend ke hapa. Mmg tak koser. Kadang bukan tokey2 kedai, stalker pun hadooooo. *budget ramai sgt nak stalker life nko!

Cer la kalo nak add fb tu berhemah sket, kasik intro "hai manje, I kawan primary skool you, OR coursemate you OR I read ur blog" - > ayat budget fofular. Hah gitew!

Yg berniaga on9 dlm FB aku yg mmg kengkawan je. Yg bukan kawan aku remove. Semakkan wall aku je kot.

Tapiiiiii ada few days ago, sorang kwn aku dok la promote baju dalam brand Elken! Siap pm inbox bagai. End up bertubi2 berbalas2 msg dah mcm chatting. Berbulu je hati mak henchekkkk ni! Mana taknye bb aku dok masuk notification. Tau je la pakai bb ni leceh sket bab2 membloking ni kan. Seriyes aku rase nak je &%£$#!! Puas godek baru jumpa button "leave conference" ... Phewww!!

Aku bukan anti org nak berniaga ke hapa. Kalau takat kat wall aku tak kisah, sbb bila aku nak aku PM ler tokey2 ni. Tapi aku pelik camne la eh korang ni time bekerja leh buat part time bisness? (Time lunch aku tak kira eh).

Dulu ofis aku bg masuk FB, tapi dah 1 thn blocking. Memula bengang jugak tp skrg aku bersyukur jugak sbb aku tak leka chatting and main FB! Hahahahah... Now takde FB pun keje aku berlambak2 sampai kene stayback.. Maybe ofis korang mmg best! *jeles ni!

Ini sekadar luahan rase. Bukan nak hentam para peniaga di luar sana. Ada jugak aku tgk yg marah2 pasal tag2 brg jualan. Tapi inbox2 mak henchek tak sokaaaaa!! Ingat ye, saya bukan ANTI JUALAN di FB! Saya juga suka beli brg on9! Tp aku browsing lepas waktu keje or during weekends ya! Maklum la dgn BB APTB!

Erkk.. Ada sape2 tau blog jual baju blouse yg best2 tak? Tokey2 baju ke? Meh la inbox kitew!

Cheers!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Let's holidayyyyyy!

Heheheheee...
Mana mau pergi?
Naik bus? Flight? Or Choo Choo train?
Sing Dollar or US Dollar?
Cer teka? Cer teka?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Amukan 'P'

Hari ni super dupper busy!

Dan jugak hari amukan maybe sbb Cik Puan 'P' dtg ...

Pagi aku check RHB on9, tup tup aku tgk bill CC aku ada charge RHB Insurance RM30. Wahhh terus aku amukan pocong! Imagine aku dah fax termination since January aritu till now still charging. RM30 does not a big deal anyway but still MONEY.

Aku rase rugi byr sbb policy haram nak sampai kt tgn aku since 3 yrs ago! 3 kali aku mintak policy tu sampai la ni tak sampai2. Aku fed up and rase rugi aku nak terminate. Dari bulan January okeh! Last aku call RHB customer service, byk kali lodge complain pun tak jalan. Sampai aku ugut nak tutup CC aku. Terus menggelabah CS tu. Main2 eh buat keje.

Actually lepas few report baru la last month ada sorang call and mintak aku fax balik. Reason? Couldn't find my termination letter. Demnnnn... Aku dah buang. Then terpaksa aku create baru! Dah fax tp takde pulak call aku balik. Tp before that ada informn bulan June takde charge lg.

Pagi tadi tgk stillllll charging! Eh kong ajo RHB Insurance ni! Terus aku amukan pocong besar-besaran! Aku call dok pas sana sini but nobody answer the phone! Mendapat la pagi2 aku bertempik kt sesape yg jwb call. Last2 dia pas kat CEO. Kahhhhh.. Ye la berbulu ok! Cibai abis kul 915 PAGI aku call takde org jwb! Makan gaji buta ke hape?

Then tak puas ati, aku call customer service complain lagi. Masa aku tgh lodge complaint, berkali2 staff RHB insurance call aku. Haaa.. Dah aku amuk baru nak take action kan? Ok as a result, derang akan refund payment aku since January, and June last charging. We will see. Kalau 10 July dia charge lg Cc aku, mau aku amuk kat RHB Insurance office!

Abis Part RHB Insurance, sambung aku amuk kat despatch plak. Aku bagi cek hari Jumaat lepas, bank in slip tak dpt2 lg pg tadi. Aku risau cek client hilang kan?

Then kene buat room reservation tuk boss aku nak fly ke Kuching Isnin ni. Call Pullman and Hilton fully booked. Try Grand Margherita and Riverside tp diorang suh call Resevetion D/L. Bagi 2-3 nombor harammmmm tak berjawab! Aku tanya reception, diorang ckp maybe g LUNCH! Lunch jadah apa baru kul 11.20am! last2 aku suh collegues aku buat kan. Settle.

Ptg check flight pulak. Smlm 1st email aku dah attached requisition form. Tup2 tadi call dia ckp dia cancel flight sbb dia kata aku tak attached "requisition form". Eh eh eh ehhhhhhhhhhhhhh!!!

Aku bukan jenis nak marah tak tentu pasal. Aku dah listkan keje2 aku sbb aku tak suka keje last minit. Aku mmg akan teliti keje2 yg perlu aku buat. Tp mcm ni la... Bila kita deal with other party... Memang meriahhhhhh sangatttt jadinyeee yuholsssss!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, June 9, 2012

Kawan baru namanye...

Haiiiiii

Aku ada kawan baru! Download kt Android Market!

Sumpah kelakar giler! Ko rase nk hempas si Sim ni kat dinding!

Terkekek2 aku ketawa!

Jom kita kawan dia!

Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, June 3, 2012

Menyirapssssss

Menyirap minum air sirap lahhhhhh!

Pepagi lepas subuh mum g Johor. Aku plak kul 4am baru zzzzzz. Terover dose amik jus monavie. Kul 6 bgn tanya mum nk aku hantar g umah mak ngah tak? Dia kata dia drive sendiwi. So pastu aku qada tiduq! Kul 10 bgn then laki aku ckp nk g WW nk tgh citer Snow White. Dia dah siap mandi, then aku siap la...

Keluar bilik dia godek ps3, sbb ps3 tu dok terpadam. Pastu ok, dia bantai layan ps3....

Menyirap la beta! Pastu adik aku leh tanya aku cantik2 bersiap nk g mana? Eg 2x menyirap nih! Terus aku ngamuk2 ckp lapar and ckp nk kuar gak! Eh aku dah mcm Man Sewel plak!

Tu dia tgh godek lg ps3 dia, adik aku kene g beli lunch! Hahaha...

K aku dah lapar, mknn dh sampai. Lanrakkkkkk la nko ngan ps3 ko tuh bang!


Published with Blogger-droid v2.0.1