:: Mr & Mrs Ee ::

Monday, July 21, 2014

Roti Boyan @ Bawean

Salam semua

Eceh.. otomatis belog di bulan Ramadan jadi blog masak memasak. Tapi aku suka je.. sebab dengan cara ni in future lupa resepi.. haaa kebek balik belog ni je. Refer untuk diri sendiri..
Menu berbuka hari Sabtu. Nasi Lemak & Roti Boyan

Punyalahhhh teringin nak nasi lemak. Kat Param area umah aku taderk jual. Sakit hati kita tawww. Nak masak sendiri memang tak reti. Jenuh google and tanya kawan. Bukan ape... aku ni sepanjang umur 32 tahun ni memang tak pernah masak nasi selain dari nasi goreng & nasi harian. Mak pulak memang sangat lemah sekarang. Pepandai aku la..

So... How was my first Nasi Lemak? 

Sambal tu sukses! yeayyyy tapi pedas aku rase cili kering yang jenis pedas tu kot. Siap kacang & ikan bilis yang rangup! Telur rebus tu lembut je.. cantik elok bila di kupaass... (lempang nakkkk??). Timun besor sket sebab tu laki aku beli. haha.. aoe ke poyo sangat aku citer ni?!!

Nasi Lemak???

Aku paling gabra bab nasi. Sebab tak pandai nak agak santan & lemak masin tu. So plannye guna santan kotak. Tapi aritu blogger ada promote Santan Serbuk Pandan brand M&S ni... so mari coba! 


Kemain LEMAK nasi aku! hahaha.. nasi 1 pot sentengah je. Aku buh semua serbuk santan ni. betul betul lemak. yang penting memang rasa NASI LEMAK sebab ada bau pandan. Aku rase next time kene bancuh separuh je laa.. sebab makan bertiga je pun. Apepun keseluruhan SUKSES! Nasi lemak aku lengkap & tidak "telanjang". Opsss!

ROTI BOYAN @ BAWEAN

Roti ni asalnye kalau tak silap dari Singapore. Aku tak berapa pasti tapi arwah nenek and one of my nenek sedara masih buat roti ni. Roti ni favorite arwah abah aku. Dulu2 masa arwah abah ada nenek sedara aku ni tiap kali visit kitorang or kitorang pegi rumah dia mesti dia buat untuk abah. Selalu limited sangat roti ni. Ye laa kuderat orang lama mana larat nak uli banyak kan. Aku plak since dah duduk rumah.. takde keje dok google la kot ada makanan yang aku teringin nak makan.

Nak RESEPI ROTI BOYAN? Nahhh cuba lah! 


Refer gambar bawah ni. Lipat macam apam balik ni. Senang tak kotor tangan sebab ada lapik plastik roti ni. Macam buat karipap jugak. tapi tak payh nak kelim2 ye. Cantum ajer.

Dah siap bubuh inti, boleh frozen kan buat stok. Kalau nak goreng.. aku simpan kejab dalam freezer sebab pastry roti prata ni cepat lembik susah nak tanggalkan dari plastik. Kalau baru kuar freezer senang je tanggalkan plastik dia. So goreng la dengan sedikit minyak.

Sebenarnya ada je resepi bahan roti asal dia. Aku malas.. so nak cepat kita pakai yang segera je la.. Makan dengan sambal tumis ikan bilis. So yummylicious. Tapi aku suka makan macam tu sahaja! 

Hero of the day! Komen laki & Adik aku.. 

"Double Thumbs Up"!!

Ketuk - ketuk Ramadhonnnn... Alhamdulillahhh ;))

Wednesday, July 16, 2014

Rice To-Wednesday

Happy Wednesday!

Lawak untuk hari ini? LOL ;P

Sharing is caring! *LoveBirds*

Ni kisah few days ago. Dari last week teringin masakan pantai timur. Dulu bulan puasa time i balik keje selalu singgah kat satu gerai ni. Makcik ni jual kuih muih dan pelbagai juadah. Yang best kuih muih makcik ni 3 ketul RM1.00 je. Mana nak dapat? Dah la banyak variety & sedap plak tu. And dia ada jual laksam yang dah siap pack dalam bekas macam tau foo fa tu just RM2.50 je. and again SEDAP!

Bila suh laki or adik g beli je asik abis.. Hampa diri ini tau dop? And Isnin hari tu mak discharge ward so balik tu suh adik aku singgah param kat Au2 tu. Maka saya yang tamak suh beli laksam dan jugak nasi kerabu lauk ikan goreng & telur masin.

 Time berbuka makan laksam aje dah kenyang. So "RICE TO-WEDNESDAY" @ Nasi Kerabu kita buat sahur. Aku memang sahur awal mcm kul 12 malam camtu. Aku goreng balik ikan celop tepung tu and goreng keropok keping sepinggan. Paksa laki makan sekali! Kalo makan sorang memang tak habis. Tapi bila makan berdua bercakaran laki bini makan! Sedap gilerrrr! *makan dengan kasih sayang*

Dah 2 weeks+ kita puasa. Preparation korang for raya macam mana? 

-Bubye-

Tuesday, July 15, 2014

TQ Abg Posmen

Salam Nuzul Quran

Alhamdulillah.. hari ni pertama kalinya Nuzul Quran di gaxetkan sebagai Public Holiday. For sure hari Isnin semalam ramai yang ambil cuti bersambung hari ni. Amik peluang beli persiapan raya especially yang ada anak kan. Meriah yuholss!

Parcel.di Public Holiday! Yeayyy!!

Terkejut tau iolss tetiba lepas mandi tadi mak cakap ada posto anta barang. Ye la hari ni kan hari cuti. Kagum aku dengan tugas abg posto ni. Zaman dulu time time gini depa busy anta kad raya berguni guni. Sekarang ni zaman dah berubah sampai pihak Pos Malaysia terpaksa keluarkan statement untuk tarikh akhir pengeposan parcel. Yelah.. sumer nak pakai time raya kann.. 

Apapun terima kasih banyak habang posto!


Monday, July 14, 2014

Rona Roni Makaroni

As salam

Bulan puasa ni asek citer masak je kan? Tahun ni pulak aku berpuasa sebagai suri rumah sepenuh masa. Tapi tadek la aku hari hari nak masak. Kadang aku sihat memang aku masak lauk yang simple2 je la... kalo tak sihat masak nasik pon tak mau!

Aritu kemas kabinet dapur nampak ada makaroni gemuk gemuk. Kat rumah ni memang suka makan makaroni gemuk sebab rase puas sket. Pagi tu pikir nak masak apa.. congak2 bahan.. okey sume ade. Jom lah goreng makaroni. Ringkas pon ringkas. Laki aku buka memang makan nasi. Aku masak sebab fikir nak pulangkan pinggan nenek aku aritu.


Resepi Makaroni Goreng

Bahan2:

Makaroni 1 mug - tambah 1 sk garam & sesudu minyak, rebus hingga empuk & toskan

4 biji cili merah *di kisar*
2 ulas bawang putih *di kisar*
2 ulas bawang merah *di kisar*

1/2 batang Carrot - sagat kasar
1 keping daging kisar
3 biji Cendawan butang - hiris kasar
1 sudu sos tiram
Garam & perisa secukup rasa
Daun sup

Cara penyediaan:
- Tumiskan bahan kisar hingga garing
- Masukkan daging kisar dan tunggu hingga empuk
- Masukkan carrot & cendawan butang. 
- Masukkan sos tiram, garan & perasa. Tambah air jika perlu
- Goreng makaroni sehingga masak.
- Tabur daun sup & gaul rata

Puas hati dapat makan makaroni goreng citarasa sendiri. Nikmat sangat! poyos je ayat kann? Esoknya tengok ada balance semangkuk kecik. Nak buang sayang. Tengok kat fridge ada bahan lain. Jom laa kita alter makanan ni dari membazir.

Gigih nak tunjuk loyang!

Baked Makaroni
Makaroni balance semalam, pecahkan telur sebijik, chicken loaf sekeping (toast 10minit) & kemudian potong ikut suka - Gaulkan semua

Sekeping cheese koyakkan, Mayonis, Cili Sos & daun sup pon tabur ikut suka

Bakar 200'c 15-20minit

Siap!
Makan panas panas.. eh tersedap plak! #perasan . 
Jangan bazir makanan ye kawan2. 

Bubye!

Tuesday, July 8, 2014

Happy Birthday MOM!

Salam Ramadhan

Hari ni birthday my mum yang ke 56 tahun. Happy birthday Mak. InsyaALlah Sabtu ni kita buat makan2 skit ye.

Mother & Dotter

Gambar ni betul2 sebelum mak sakit balik. Mak sekarang memang betul betul tak sihat. Kesian sangat kat dia. Ramadan kali ni ujian sekali lagi untuk kami sekeluarga. Terima Kasih ya Allah, berikan ujian ini untuk kami. Besar rahmatnya atas dugaan yang sedang kau berikan. 

Lama aku tak kongsi cerita pasal mak kan? Aku sangat2 serabut, tak tau nak mula macam mana. Keadaan aku sekarang pun belum pulih sepenuhnya dan mak pulak di uji dengan kesihatan dia. Ye.. kanser mak is getting worse. Sebagai anak aku berusaha untuk mencari supplements yang sesuai untuk dia. Hiba hati tak tau nak cakap macam mana tapi aku percaya ada hikmah senalik ujian ini.


Keadaan ,mak 3 minggu lepas. Actually mak buat kimo lagi untuk new cycle. Kali ni ubat kimo yang diberikan ubat baru. Kira mak orang pertama pakai. Mak warded hari Rabu and kene stay untuk 3-4 hari kat wad. Masa nak kimo ni keadaan mak memang tak berapa sihat. So faham je la bila badan tak sihat and tambah pulak ubat kimo, maka bertambah tambah la lagi kesakitan yang dia tanggung.

Hari ke 4, Sabtu malam tu dah boleh discharge. Petang masa aku call nurse cakap dengan aku.

"mak awak ni memang pelupa ke? Dia cakap macam berulang ulang."

Aku macam pelik la kan? Hmmm tak pe lah.. aku ckp kul 8:30 mlm aku dtg amik. Malam tu aku tunggu kat kereta, hubby ngan adik yg bongsu je naik amik mak. Dekat 1/2 jam tunggu.. aih.. pesal lama sangat nih? Then laki aku call suruh naik. 

Masa aku dah kat wad tu macam ni la keadaan dia. Masa kat wad ni nurse tak bagi mak balik sebab keadaan mak tak stabil. Tiba tiba je jadi macam tu lepas abis kimo. Tangan mak kiri kanan bengkak. Cakap pun meracau racau... this time memang fikir bukan bukan dah. Aku call family lain. Semua datang malam tu jugak tengok mak. Dekat pukul 2 pagi jugak la aku baru balik. Keadaan aku tak mengizinkan untuk jaga mak. Nasiblah nurse bagi kelonggaran untuk adik aku yang lelaki tu jaga.

Mak jadi macam ni sebab kesan ubat kimo tu. And bacaan gula dia sangat tinggi malam tu. So malam tu nurse pantau setiap 1 jam. Esoknya mak dah stabil sikit tapi percakapan dia kadang2 ke laut. Lepas stay beberapa hari mak dah boleh balik tapi keadaan mak sangat sangat lemah. Bangun dan berjalan pon dia tak berdaya.

Itulah serba sedikit kisah mak yang dapat aku share. Bersangka baik dengan Allah. Dia tidak menguji hambanya yang di luar kemampuan kita. Rabu lepas mal patutnya kene kimo lagi tapi mak mintak tangguh sampai dia betul2 sihat semula. And doctor pon setuju untuk cutikan kimo buat semenyatara waktu ni.


Mak, Selamat Hari Lahir... Semoga mak terus kuat untuk berjuang melawan kanser. Mak lah kekuatan kami sekeliarga. Mak terbaik untuk kami semua. Moga Allah panjangkan usia Mak, meringankan kesakitan yang Mak lalui dan permudahkan ujian yang sedang kami lalui. Selagi ada hayat insyaallah kakak akan sentiasa jaga mak macam mana Mak jaga kakak selama ini.

"Sekaya mana pun kita di dunia Ini... apa yang kita nak mungkin kita boleh perolehi. Tapi kita kena ingat IBU & AYAH memang tiada galang gantinya di muka bumi ini. Jika tiada lagi jasad mereka di depan mata kita, betapa tidak berpenghujungnya kerinduan kita pada mereka"

Al-fatihah untuk Abah.




Thursday, July 3, 2014

Lisa SuriRumah

As salam...

Ramadhan kali ni aku duk rumah je. So ni la 1st time aku jadik FULL TIME HOUSEWIFE di bulan puasa bagi tahun ni. Aku still cuti and now mak pulak tak berapa sihat. So dia pon tak larat puasa. Kerja aku masak dan masak! Letih gak kan jd surirumah ni. Kadang keje mcm tak abis2 je.

Sejak mak sakit ni aku TERAJIN g dapur. Kahhh.. dulu masa sihat kadang2 je aku masak. Sangattt jarang! Sebulan sekali pon kadang tak pegang sudip kuali tau. Ee slalu la ckp kt aku kalo kdg aku ngeluh penat... "Mak tu dah 40 tahun bagi awak makan yang"... hellooooo brader, yg 40 tahun bagi makan kat anak tu mak you. Aku baru 32 tahun kot! Saje nak tua kan aku.

Basically dalam rumah ni aku masak lauk aku ngan mak sbb pemakan kami serupa. Untuk laki aku sonang yooo... nak sambal cili padi or sambal biasa tu je. Hari2 pon tak pe kata dia. Phewww senang sket.. cuma bulan posa ni aku suh dia blk keje beli apa yg dia nak makan kt param. For sahur aku masak la sket.


Koleksi Resepi

Kahhh... gigih ke tidhok? Aku google yang simple je. Ada resepi aku yang biasa masak tapi aku ni lemah sket memori tang bahan dan sukatan. Selalu lupaa... maklom la selalu sesat tak jumpa dapor! Senang kot nak masak boleh plan bahan dulu ke apa kann... but for sure bukan la masak hari2. Macam wiken aritu dah siap2 beli barang.. kupas2 bawang camtu. And sambal cili api ni mmg aku masak ekstra. Aku simpan wat stok. Sbb sahur adik no.2 tu aku suh dia tapau tp untuk laki aku masaklah.. so sambal ni penyelamat.. 

Gambar ulang tayang... hihi.. terpaling faberet laki aku.

Nah.. aku terrajin bagi resepi basic SAMBAL CILI API

Bahan-bahannya:
 * Setengah ulas bawang besar 
* 3 biji cili merah 
* 20 batang cili padi (ikut suka nk pedas mana) 
1 inci belacan 
(Bahan bertanda * - di kisar) 

2 kpg asam keping 
1 sk garam 
1 sb gula
 Serenjis ajinomotoo 
==========

Cara memasak: 
1. Panaskan minyak & tumis bahan kisar hingga garing 
2. Masukkan sedikut air & asam keping 
3. Dah hampir kering masukkan garam & gula 
4. Dah masak. Sejukkan. 
5. Masukkan bahan yang hendak di gaulkan bersama. Seeloknya goreng terlebih dahulu. Contohnya jering, ikan bilis, terung, hati pedal ayam ke kan?.. ikut suka lah. Gaul rata.

Selamat Mencoba!


Wednesday, July 2, 2014

Segera!

As salam..

Semalam ujan lebat. Laki stuck kat jalan duta. Selalu 5:30 dah sampai rumah. Kul 6:15 dia whatsapp cakap masih kat Duke Duta. Adess aku mmg tak masak semalam untuk mak sebab makcik aku dah hantar lauk untuk mak. Cuma nasi je aku masak lebih sebab laki aku memang berbuka makan nasi.

Fikir punya fikir ... aih tak sempat g param ni kang. Apa binatang lam peti ais pon taderk sebab tak pegi pegi lagi beli barang.. Maka yang mudah lauk kegemaran semua je lah kan... laki cakap kalo hari hari lauk ni pon takpe. aihhh

Makan sambil.jeling laki kekdahnye. Konon lauk ni sampai ke sahur. takkan nak masak byk kali. Tak puas ati je laki aku tak dapat ratah lauk ni. kahhhh

Puding Roti

Semalam kemas kabinet dapor. Ya allah aku ni ada habit suka beli barang tak jarang masak or jarang guna. Baru ni ada orang dari Pusat zakat hantar sumbangan. Aku check ada brg yg dah expired. Kutip kasik buang jahhh. Ada 5 tjn susu cair yang expired bulan September, October and November. Lets la buat apa2 yang patut.

Itu lah cerita sahur dan berbuka semalam. Simple yet delicious (kata kauuuuu!!)


- Bubye -

Tuesday, July 1, 2014

Bazar vs Bazir

Nota: PICTURE ADALAH IHSAN GOOGLE. CREDIT PADA TUAN PUNYA GAMBAR

As salam

Hi all, puasa ke tidhok arin? Hihi.. meh borak kosong sket. Prasan tak bulan puasa ni macam belanja tu lebey sket? Or ada yang belanja terlebih lebih? Especially bila pegi Pasar / bazar Ramadhan kan? Kat opis plitew jk or kat whatsapp group kul 10-11 camtu dah citer pasal makan lah.. citer nak teringin itu ini.. plan masak intu ini.. plan gempak sket nak buka kat hotel yang menghidangkan 250 pelbagai jenis juadah la... gitew...
Pucuk pangkal.. "tepuk poket tanya kocek".. Seeloknya jangan bazir. Especially bila ke Param. Aku rasa dah 4 kali puasa kot aku sangat jaramg ke Param. Dalam sebulan tu 2-3 kali je kot. Tapi kalo pergi Param, aku akan pergi ke penjual yang dah biasa aku beli lah. Sebab dah tau hasil jualan mereka2 ni macqm mana. Kot main terjah je gerai yang tak biase kita beli, potensi untuk berbuka dengan carutan dalam hati adalah tinggi. 


Selain tu aku cuba elakkan makanan yang contoh nya siap2 dari rumah.. karipap, popiah.. yang jenis goreng kat rumah pastu bawak g bazar. Then ko tinggal pose pose niaga je kat situ. Kita ni nk berbuka lebih kurang kul 7:30 mlm kan? Makanan tu maybe diaorang goreng pagi or tengah hari. Haaa ko bayangkan berapa jam dah makanan tu? In this case aku kalo nak beli suka tengok kalo dia masak kat gerai tu. Contohnya.. popiah basah, kueh akok, murtabak, and kadang ada gak yang jual karipap or samosa Yang goreng kat situ. Ok, fine aku beli lah. Kadang aku beli frozen je. Kul 7 baru aku goreng. Sedap makan panas2.

Bakar bakar!

Ni peberet laki aku. Eh aku rase family dia la. Aku pasan laki aku rajin beli tuk family dia. Macam kitorang kurang berminat. Pergi param memang carik makanan ringan2 je and sesekali lauk pauk. Laki aku kalo beli ke param sampai RM30 - RM50! Pitam aku tgk dia belanja. Tapi blah aku kdg RM20 je tu pon dia tak puas ati nape sket sangat. Aku la slalu control. Sebab tak suka tgk makanan terbuang. Nanti sayang makanan pastu TERPAKSA MAKAN BANYAK! So aku mmg control sket laki aku bila ke Param.. membazir tu amalan syaitooonnn sqyang. Baek duit tu abang bagi ayang boleh ayang beli beg Coach baruuuu!

Super yummylicious! Ni kategori makanan ringan. Super lemak kolestrol di gemari ramai! Pffftttt....

Khabarnya 1st day puasa aritu param di serbu sekelian alam! Sampainabis jualan. Sampai berlaga bonto tetek bagai! Ye laaa kata 1st day, semangat puasa pon lain macam. Tambah plak semua dah gaji. Masyukkkk!

oklah.. itew je kitew nak citer. Kita rase dengki sebab kita tak boleh jejak mana2 bazar param tahun ni.. huhuhu

-Bubye-