:: Mr & Mrs Ee ::

Wednesday, June 29, 2011

Pangkor - BBQ Nite


BBQ Nite


Kul 8.mm BBQ Dinner.. mood aku masih tak ok lagi. Perut mergam je. Tensi! Aku mkaan potato salad ngan mushroom soup je. Pehtu diam tgk org masuk pertandingan koke yg suara semua cam tertelan mic & speaker.



Kahhhh…. Lepas dinner amik gambar sket pehtu majlis bersurai. TAPI pastu baru la geng2 brother tu karok. Best2 weh.. aku ngan liana je gedik kat situ. Lepas aku karok lagu "XXXXXX XXXX" baru ler lega angin badan ni... oo nak kene karok baru ilang angin neh. Kahhh… kul 11.30 bersurai. Aku naik bilik, mandi and tidurzzzzz


Soalan: Lagu apakah yang di nyanyikan oleh aku pada malam BBQ tu? Siapa yg menjawab dgn tepat, aku kasik Fridge Magnet dari Singapore 2 ketul! Cepat ye!!

Pangkor – Day 1

Subuh sepiee katanya nak kumpul kat lobby office. Tp nan hadooo.. aku 6.30 tajam dah terpacak depan opis, at the end kul 7.45am baru bertolak! Semak okeh org2 yg lambat neh! Nyusahkan org lain. Sabtu beb, bukan jammed pon melainkan otak ko yg jammed! Tak suka tau org lembab2 ni. Aku kalo nak berjalan semangat!!



All the from KL – Pangkor aku tidur je.. lagipon pagi tu mcm tak sihat sket. Badan masuk angin, perut tak sedap and muntah2 pagi tu. Aku risau je cirbir tgh jalan. Alhamdulillah, masih terkawal! Hahahah.. Sampai Jetty Lumut dalam kul 12 camtu. Bergambar2 dulu sblm Ferry sampai.






Ferry sampai je kami je penuh dalam tu. Eh tak penuh walaupon 3 bas tp kat deck atas penuh, bawah setengah bas je duk bawah. Kami pilih bawah, koser nak panas2.







Dah roper budak sekolah dah aku nehhh!!


Sampai Pangkor terus naik teksi pink sampai ke Puteri Bayu Beach Resort, terus lunch and pas lunch check in. perut aku masih berangin, so aku mandi2 dulu terus zzzzz sampai petang. Org dtg sini nak treasure hunt, aku ngan Lyana sedap2 tidur sejuk2 lam bilik. Ptg liana turun ke pantai, aku je tak kuase sbb perot masih tak ok. Nasib ada member tlg carikkan teh o halia ngan kueh sket sblm BBQ malam tuh.

Tuesday, June 28, 2011

Driving in Singapore

Kali ni aku tak byk shopping walaupon aku paling byk bawak duit! Sbb kali ni bawak kete aku, and Ee tak pergi so aku takut apa2 hal berlaku kat sana. Bukan la ape. Ko tau je la Singapore ni strict sket. Aku takut kene saman ke hape kan?


Lepas je check in kat checkpoint imigresen Malaysia and Singapore… kita kene g LTA office nk beli Passcard. Korang park je situ, nanti ada staff akan tolong isikan form korang. Then korang preoceed byr card tu. Adik aku sengal g byr S$10 je. Mane cukup. Kad ni cam touch n go la.. sbb kat laluan Bandar pon korang kene tol tau. Charge ikut time. Kalo peak hour mahal. Aku byk jalan time cuti so tak brp mahal la.. tp mase masuk vivo tu nak touch keluar tak cukup 20sen. Terus carik top up lagi S$20. Ishhh rugi! Tp kad tu valid sampai 2016. Maknanye pasni masuk tak yah top up dah, leh terus guna.



TQ google


Sebelum lalu sini, dah ada infos la.. so ko leh tau jalan ni dia charge brp , ada time sekali situ.so makesure card korang penuh eh. Kad ni dasyat la.. ko simpan celah mana pon tiang ERP (tol derang) tetap leh detect and charge tau! hanya dgn “cip” tu tanpa reader pon leh detect and charge tiap kali korang lalu ERP. Dasattttt.. tu yg mek serammmm nok. Nasib masa kat Vivo top up S$20 dollar. Mase touch passcard kat imigresen S’pore kene kene charge lagi. So, balance card aku ada beh kurang S$16 gitu.





Parking Infos
Charge seperti berikut
S$0.50 – 30minit – harga kad S$0.50.


S$4.00 – per night, 10.30pm – 7.00am.
So kalo korang nak duk situ 4 jam kene ada 8 keping laaa. Tp ni jenis parking kat luar cam kat Jln TAR tu la.. coupon parking leh beli kat 7eleven.


Ni korang park kat kediaman pon kene charge tau. ni yg malam, siang aku tak buh kad parking ni sbb byk berjalan. Huhu.. mahal gak. Tp 2 malam dh di subsidies oleh cik ameng, hahhahahah… eh parking pakai kupon semua di tanggung berehhhh… not even us la.. org sana pon camtu. Kata kan la ko dtg umah aku pon ko kene buh coupon gaks. Aih.. semua duit kan? Ok. Abis dah citer Singapore! Hope info nil eh la bantu u olss yg nak g bercuti.



Dalam Terowong.... sebelum masuk terowong dah ada amaran had kelajuan 70km je.. so korang akan nampak semua kete bawak kelajuan yg sama. awas ya! jgn cuba lebih laju kerana CAMERA sentiasa mangawasi dan akan menyaman anda!! maybe tak mau tragedi Lady diana berulang kembali. tapi syabas lahhh pemandu sana semua ikut peraturan!

Singapore: Day 3 - Jom balik!

Pagi2 lagi pakcik ameng dah kuar g keje. Aku dgr dia nak kuar tu, tp aku tak larat nak bangun kahhhh. Pehtu kul 8.30 makcik nora plak nak g keje abru aku bgn, kahhh biadap nyer tetamu. Well I we all dah biase. Aku lom lahir lagi dia dah bff ngan family aku and mase derang lom senang, derang pon tidur umah kami. Time tu berlapikkan tikar je . huhuhu.. abah ngan cik ameng plak kawan dr umur 10 thn. Time2 tu cik ameng selalu dtg KL naik keretapi sbb g umah sedara dia depan umah nenek aku. Tp dia lagi akrab dgn adik badik abah especially abah! Abah citer dulu kalo derang anta cik ameng balik kat KTM pehtu nanti nangis ramai2 salam peluk2. Hahahha kelakar kan? Baru2 ni masa kat Fb Cik Nora pesan “cik nora kenal mak abah alin since we all lom kawen, and now 30yrs kita berkawan walaupon abah dah takde. Cik Nora harap alyn leh teruskan relationship ni dgn Zeera (the only dotter) sampai ke anak cucu”. Sebak je aku time tu.. . ye la siapa sangka hubungan kekeluargaan dah berlangsung selama ni kan? Insya’allah.. Zeera pon aku dah anggap cam adik sendiri. Zeera sgt la manja walaupon garang! (macam ai jugerss auwwww)


Eh melalut plak! Takpe.. blog ni tempat meluah rase, bila baca leh kita kenang2 balik. So kul 11.30 baru turun. Zeera je ada kat rumah time tu. Balik tu kitorang singgah kedai ABC kat simpang depan nun. Kedai ni kedai borong. Giler babes nyer murah!! Cam nak beli kedai tu sekali. Sebelah kedai ABC ni ada salon tau. Sepatutnya sebelum balik aku dh plan ngan Zeera nak potong rambut, nak rebonding, nak kaler!! Sbb murah! Bygkan potong rambut S$2.80!! mana nak dpt murah camtu!! Zeera ckp dia kaler rambut baru S$20.00! ohhh mak terujessss!! Tapi dek kesuntukkan masa, so aku postpone la niat aku tu ke Oct nanti. Aku ada next trip another kazen kawen. Hehehhe..


Kali ni balik ikut TUAS 2nd link tu. Dekat sket. Alhamdulillah, LENGANG check point. Alhamdulillah, rezeki betul la perjalanan kami ni. Sepanjang pergi dan balik cuaca redup and hujan renyai2 manje je. Pehtu both check point kat Tambak and Tuas lengang! Sampai KL kul 5, terus g Jusco sbb nak potong rambut adik aku, pehtu mak aku suh aku potong rambut sekali.huh… penat + ngantuk. Maklom la cuaca cun sgt! Mata kuyu je. Apepon Happy sgt perjalanan kali ni, first time masuk Singapore 4 beranak since abah dah takde, 1st time masuk drive kete and happy la sbb dpt bwk mak and adik2 jalan. Malam tu call cik nora bg tau dah sampai, dia plak excited nak ajak g USS and Batam next trip. Inys’allah jumpa lagi next trip!

Monday, June 27, 2011

Singapore: Day 2 @ Bugis Street

Bugis Street!


Murah2 maa.. so kalo korang budget2 nak beli souveniers tuk kengkawan, sedara mara leh la g sini. naik MRT pon boleh. turun kat station Bugis la yer. Sini barang murah2 (tp pejam mata la yer jgn convert suit mesia yer). kira kalo cam tshirt2 tu ada yg kuali ti ok dalam S$10 - S$16 gitu. nak murah 2 helai S$10 dolar pon ada. 3 helai S$12 pon ada. pehtu beg hanger dia murah sey! S$10 for 3pcs! ada gmbr singapore ler of coz! FM standard arr 4pcs S$10 gak. pendek kata molek sgt kalo jalan2 sini!!



Lepas makan, plan lagi nak ke mana. So aku suggest g tempat murah2. So ajak g Bugis Street je. Ni pastime aku sampai, sini jual barang2 dlm lingkungan yg murah2 la… sini aku beli Tshirt sehelai S$10, FM 8 (4pcs S$10), and beg hanger 3pcs S$10. Tu jer. So kalo korang nak beli souvenirs leh la g sini. Murah2 jer.kahhhhh



Balik tu yg remaja2 terus balik rumah, tp mak naik kete ngan org Singapore so g Restaurant Zam Zam kat Arab Street. Huarghhhh… nak g Arab Street!!! Tapi tak pe, balik tu derang g umah Atok si Zeera kat blok sebelah. So dinner situ sambil makan murtabak kambenggggg terbaek wok!! Balik dr umah Atok kul 10.30 camtu, balik2 terus pengsan kepenatan!!



Hasil grab di Bugis street!

Singapore: Day 2


Wedding Wahila @ Woodlands


Kami with cik nora and Zeera
Esoknya semua bgn lambat and bersiap2 ala2 lembab! Kul 12.00 baru terhegeh2 nak turun g wedding kazen aku kat Woodlands. Makan2, cipiki cipika, Tanya khabar, gambar2.. then terus ke Vivo City.


Lalu jerrr @ Marina Bay Sands . bila la nak singgah ek?


Mak shopping handbeg 3 ketul!. Aku g kaunter anna Sui. Berbulu ok! Perfume yg size besar tu baru S$61.00 je.. lebih S$6.00 je.. aku leh dpt size besar + tourist leh dapat 5% diskaun kalo tunjuk passport. Demnnnn mak tertipu! Tak mo kawan pakcik Mustafa!


Dah penat round makan “kipas” , kami g makan kat BANQUET. Kat sini kat pintu masuk siap ada peringatan “di larang membawa makanan yg tidak halal” maksudnya food Court ni jual makanan halal la.,. kat sana agak susah nak dpt mknn halal. So hati2 yer!


Makan "Carrot Cake" sedap giler!


aku plak leh teringin nk makan mushroom soup.


ni dalam kete. masa nak keluar parking, autopass card leh plak tak cukup 20cent! mengonggg!! terus park tepi, lan and zeera cari tempat top up. melayang S$20.00. ye ler beli pon S$10 jer. mmg la tak cukup. kat sini parking 2 jam je dah S$4.20! nanti aku citer pasal Autopass ni eh! yok ke Bugis Street!


Sunday, June 26, 2011

Aku butuh waktu!

Salam hari minggu!

Apa aktiviti korang hari minggu ni? Aku baru je pas brunch. Ee dah keluar ke site. Aihhh.. Apa la nasib kami ni. Lately ni mcm tak cukup masa. Rase mcm tak pandai handle situation plak. Just go with da flow. T_T

Sekarang Ee tgh kejar nak siapkan project kat Nilai & Melaka. Lepas subuh dah keluar and balik midnight. Kadang dia g site lambat dlm kul 10 and balik kadang awal. Aku plak kadang keluar masa Ee tgh tidur lagi, and kadang Ee dah sampai rumah aku masih kat office. Sedih kan?

Aku rase bebanan keje lately ni mcm kronik je. Hari2 balik keje kul 9 baru smpi rumah. Ee balik pon kdg kami tak sempat bercakap. Smlm pon seharian aku kat office and Ee kat site. Kejab lg nak ke office jab sbb smlm aku tertinggal paperwork yg nak disiapkan tuk submit ke bos aku esok. Huarghhhhh..

Rindu zaman2 dolu2. Weekend je leh spend masa ngan Ee. Leh g shopping, makan2, movie bagai. Smlm balik keje, sama2 sampai rumah kul 6.30 terus aku ajak Ee g Curve. Tp sampai je aku dh tak larat nak jalan2 seret2 kaki je. Balik tu lam kete gak aku tertidur.

Sebenarnya aku tak suka keje mcm ni. Aku nak keje yg releks2 je. But Ee ckp sampai bila? Career path tu penting. Tp aku rase aku bukan la seorang nak kejarkan semua tu. Apa yg ada sekrg dh cukup. Aku tak mintak lebih dr yg ada skrg. Kalau la Ee accept offer and hijrah ke negara luar tu... Owh happynya! Ana boleh goyang inul la kat rumah. Bulan2 dpt gaji!

Haihhhhh.. Jgn mengeluh.. Bersyukurlah. At least aku masih bekerja, ada gaji tuk byr PTPTN, tuk bg duit pada mak, dan ada suami yg sediakan segala2nya. Alhamdulillah... Semoga di beri kekuatan dan di permudahkan segala urusan. Amin.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, June 25, 2011

Singapore: Day 1 @ Activiti Malam


Makan malam kat Restu Muslim Restaurant. Chinese Food kat area Tempines, Kedai ni actually owner dia Zeera’s boify punya family biznes. (Zeera tu anak kawan abah tu ler).. ownernye yg tudung hitam kiri sekali. TQ aunty Salmah! masya’allah makanan sedap giler! Siakap sweet + sour, claypot Tofu, mixed veggie + abalone and yg paling terbaek Cereal butter Prawn. Makan sampai nak pengsan! Serius sedap. Rege jgn la Tanya, aku tak tau sbb org belanja.. Alhamdulillah.




:: Marina Barrage - Google ::


Then terus ke jalan2 ke area Marina. So mak lalu je la kat Marina Bay Sands tu. Terus ke garden @ Marina Barrage. Tempat ni garden atas bumbung satu bangunan. Sorry tak leh nak describe betul2 sbb dah tgh malam waktu tu. So tak Nampak ape bangunan tuh. Hahahha… tapi nak naik kat garden ni kene menapak sket la… dah la gelap gulita! Teraba-raba nak jalan!


The best part, amik gambar berlatar belakang kan Marina Bay Sands. Cantik tau! Sebenarnya dari atas nil eh Nampak “Singa yg kuorkan ayor kat mulut” tuh. Tapi sbb gelap, so Nampak yg ada je la..


Kat sini, org main layang2 gergagi berlampu kelip2. Penat leher mendongak! Angin malam mmg kuat kat atas ni, manyak shiok! So, masih tak dpt bergambar kat “singa kuor ayor” tu lagi… sian kami…


Mata dah terpisat2, maklom la kekenyangan! Kaki kepenatan mendaki ke Marina Barrage tuh. then next destinasi ke Mustafa Centre. Kalo g sini mmg tak sah kalo tak g sini. Tempat ni open 24hours. Mcm2 ada! Murah2! Sebelum Shopping, kita minum lagi! Kembung perut mak.


:: Mustafa Centre - Google ::

Di sebabkan aku kemas last minit, aku tertinggal suar tidur, so misi mencarik suar tidur Berjaya dgn hasilnya sehelai seluar aladin berharga S$16.90…. then aku beli perfume Anna Sui size medium S$55.00. Tapi aku geram esoknya aku g Vivo City, perfume paling besar tuh baru S$61.00... siap ada diskaun lagi 5% tuk yg tunjuk passport! huh!! grhhhhammmmmm okeh!


Actully nak shopping pinggan correlle. Sampai sana, bunga yg latest makcik and kazen aku dha pakai. So upset and aku ckp later on kuar bunga baru baru aku beli. So kul 2 balik rumah, mandi2 then Zzzzzz kul 4am!


Sedang tunggu uncle2 amik kete...

Thursday, June 23, 2011

Meja No. 2

Zzzzzzzzz

Ngantuk betul. Buat processing document lg laaaaa mcm nak luruh bijik mata! Dah la opisss sejuk gilerr. Lagi la layu mata aku neh.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, June 20, 2011

Singapore: Day 1

Pagi Sabtu sepatutnya bertolak jam 7.30pagi. aku yg malam sebelum tu balik keje dah la lambat, pehtu wat macam2 hal lagi la kan. So malam tu takde packing2 pon. Pagi tu bgn, mandi2 baru kemas. Tak de gosok2, mak sumbat je semua lam beg!8.30 baru ler turun… transfer barang2 aku kat bonet mak. Hehehhe.. semak mcm stor bonet aku. Check air kete semua, adik aku yg no.2 tu tak turun2. Semak otak aku!




8.45 baru dia turun , singgah beli nasi lemak dulu and gerak. Tu ponnnn… sibuk call sana sini, siap singgah Sucasa jumpa kawan dia, g top up handphone la.. aih.. budak ni! Dekat kul 10 la baru masuk tol Sg Besi. Kul 12 benti kat R&R Machap, brunch terus… tupon makan berjam2!




@ Stulang Laut, JB - Lengang jeeee

Kul 1 baru gerak and sampai kat JB Sentral isi minyak and isi card nak masuk Singapore. Sebelum tu kawan aku Shaz yg keje imigresen kat Tambak call suh aku ikut Tuas sbb Tambak dah jammed teruk katanya. Tp sbb adik aku nak tukar duit nak isi card masuk s’pore tu so we all Tawakal je la lalu Tambak. Alhamdulillah.. LENGANG!!



@ JB Sentral




Settle card masuk S'pore


@ Singapore Check point

Kul 3.30 sampai kat rumah bff arwah abah. Walau pon kawan tp dah macam sedara! Mmg tiap kali pergi Singapore mesti tidur rumah dia. Hotel mahal lah! Hehhehehe.. ok2. Kita rehat2 dulu eh.. nanti I sambung,

Holla

Morning u olsss!

Baru balik dr Trip Pangkor malam td. Ngantok mabuk2 lagi ni. Later2 update k. Aiyahhhh.. Singapore trip pon still hutang, ini Pangkor plak.. Slowly la eh I update. Stay tuneeeee!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, June 17, 2011

Mood gedik!



Kul 3 td turun amik tshirt. Pehtu dpt tshirt and cap. Cap sgt plain n takde selera nak pakai. Boleh?! Terus aku ckp kat lyana, jom bubuh felt lahhhh.

Zass naik opis Syafa. Naik2 Sya pon tak bz. Mintak dia tolong buh nama. Kejab je dia buat. Ni project felt on cap yg pertama laa.. Hehehe.. TQ Sya layan gedik kitorang. Nasib opis kita selang 3 tingkat je.

Tetibe feeling rombongan kanak2 pulak!! Mood ke Pangkor berganda2!!


Nak order Felt? leh klik sini http://syafazul.blogspot.com

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pending

Salam u olss,

Tak sempat nak update Singapore trip. Esok pagi dah bertolak ke Pangkor. so hutang dulu la eh? Busy lagi siapkan keje2 tertunggak!

Sayang korang!

Tuesday, June 14, 2011

Berwajah Baru!!

Salam semua...

phew.. baru anik dr Gempa bumi nye assemble. pas bersurai terus g tapau nak makan. ase makan boss dtg kat pantry kasik sampul "Suci Murni" terus kenyang!! Alhamdulillah #Tangan di Dada, mata Ke atas"





Muka Ceria bergaji BARU



RAMBUT BARU



amacam?? cutting ada BARU?


Me with Premium Beautiful Since 16-May till today 14-Jun,


Hasil almost a month with PB. Interested?? leh ler roger2 i. kita gebang2. meh la cantik2 kawan-kawan! Yang masih anakd ara, of coz la nak cantik naik pelamin. Yang dah berkahwin, of coz untuk suami tersayang. Jom pakai PREMIUM BEAUTIFUL!



Contact Me:



019 - 2525 267

Monday, June 13, 2011

Hollaa M'sia!

Salamm semua!

On the way balik KL. Now dah kat Senai, check out kat 2nd Link Tuas kali ni. Alhamdulillah jalan smooth je. Tak jammed langsung! Sama jugak masa check in Singapore via Tambak. All the dr KL - Singpore cuaca redup + ujan renyai. Now nak balik pon camtu. Semoga perjalanan kami selamat tiba ke destinasi. Later2 update ok. Daaa....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, June 11, 2011

Untuk Kali Ke Berapa??

Berjaya memboloskan diri jam 8pm dr opis! Apa la ke hal! Aku takde mood dah..

Masuk kete, otak berlegar nak g mana eh? Car wash yg mana cepat? Benda2 last minit kene fikir cepat2. Zasss g Setiawangsa. Cuci kete, beli tidbits and isi minyak. Then fetch adik dr tuition. Sementara tunggu kete aku terpandang plat kete aku dh hilang huruf 'J' and angka '6'!

Eiiiii menyirap okeh! Mmg plan nak masuk S'pore wat plat besi tu. Siang2 ko dh wat hal! So lepas settle and sementara tunggu adik abis tuition aku round area situ. Lucky 1 kedai bukak lagi. Rejeki aku la kan. Amik ko RM15 je! Amik paling murah. Nanti kat singapore buat baru terus.

Siyes aku tak paham since beli kete ni plat no asek tanggal je. Memula belakang, pastu depan pastu belakang, pastu depan.. Ni belakang dah aman. Depan plak dh ganti, tup2 no. plak patah la. Memacam hal! ke since aku park kat open parking ni jd camni? Baru sebulan park 2 huruf tanggal. Org langgar ke hape ek?

Now dah kul 1am. Baju lom kemas. Baju nak pakai wedding pon tak fitting lagi. Esok rembat je la apa yg patut! Nite semua...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.