:: Mr & Mrs Ee ::

Tuesday, January 31, 2012

Cerita Hari Selasa

Hari ni Selasa. subuh tadi hujan. Best je kan? Sambil membayangkan kalau la hari ni 1hb February Hari Wilayah... angan je la.. dah siap2 g je keje. *membayangkan alangkah nikmatnye tarik selimut balik*

Well kat ofis ni busy manjang. draft tuk Vietnam dah siap, kene punya kekuatan tuk hapload. grhhh... Tapi its good gaklah.. takde la melanguk tak de keje, tau2 busy2 tu dah siap semua keja. bukan kah itu suatu berita gembira?

Actually hari ni ada "Lion Dance". menunggu punya menunggu sampai meeting pun kene tunda. elok2 meeting start kul 10.30am kene tunda sehingga ketibaan "Lion Dance" yg akhirnya tiba di floor kami tkt 12 hampir jam 12 tgh hari!. hew hew hew...*perlu ke gelak camtu?*.

Ini Lion kat department aku. kene pusing semua sudut katanya. then kene kasik penampau ang pau! tapi department aku takde chinese? kene la akak bos kasik angpauuuuu

then aku g tgk dung dung cheng kat main entrance opis aku. ape ke jad laaaaa... Encek boss dah cam tukun kat sitew. 2 ekor lion ni tg kupas orange. semerbak bau orange tu. aku giler oranje! (pas ni pls la buat kenduri da selamat pulak ye!)
Lepas abis Lion Dance, kami ahli pantry g tapau. as agreed Lyana masak lemak cili api udang + sambal belacan power. perghhh!! sodap!! Aku suppose bawak sambal cili api terung. tapi biase la... impian tinggal kenangan.. kahhhh aku turun tapau kat food court bawah je. Terung 6 sambal keping and telur sambal 3 biji... tau tak berapa hengget? RM3.00 ajer! murah kan?
Tu dia si gadis berbaju merah yg masak lomak cili api meletop ni! Zue belanja nasik. tadi tapau nasik 5 bungkus + sayur + ulam total RM9 ajer! murah... bersyukur dgn penjimatan ini. Arill the only guy buat air asam boi, my trainee sorang abwak karipap, sorang lagi bwk ayam KFC. alhamdulillah.. rezeki hari ni....

Esok Hari Wilayah. aku cuti. tapi hubby takde di sisi, nak g Melaka pon tak syiok, sbb Ee masuk site kul 8 and abis keje lepas maghrib. aih.... buhsan ahhh!

Happy holiday tuk warga Wil. Persekutuan and Happy working warga2 negeri lain!

Monday, January 30, 2012

Vietnam: Day 2

Pagi bangun breakfast kat hotel. Not much leh makan. Melain kan roti dan buah! Boleh la kan lapik2 perut. So perjalanan hari ni di teruskan dgn ke "CU CHI TUNNELS"
Punya la ngantuk, aku ak sedar pun berapa jam perjalanan g sini, hahahhaha… sedar dah sampai kat tempat ni, diorang singgah kat tempat buat keropok tradisional sini.
RICE PAPER tajuk keropok ni.
Ala2 cam kita wat kapok ikan, ni diorang buat keopok dari beras ada campur black sesame, shrimp and so on la. Mak beli perisa yg ada shrimp. Dappp!!
Harus mak mendiva!
Depan kedai RICE PAPER

Perjalanan di teruskan ke Cu Chi Tunnels. Then sampai sini… amik gmbr la dulu kan? Pastuuuu!! Gambate!! Trip kali ni awesome! Kalau aku sempat wat research, KOMFEM aku tak mow join! Kahhhh aku kan lembik mana suka masuk2 hutan ni, kat dalam ni ada lah 2 jam ko! Tapi syiok gak sbb dulu penah tgk Farah AF2 pergi sini. So syiok gak la!!

 
CU CHI TUNNELS

Cu Chi where human knowledge has been enriched by experiencing an web-like tunnels system of more than 200km in length which used to be the shelters of guerrillas during the war against American troops.










Dari pintu atas tadi, leh kaur kat sini!




Kat dalam hutan ni semua bangsal rupa bentuk camni


Ubi yg di stimkan!
Layan ubi stim. ala2 askar dolu-dolu!

ubi yg diorangs team tu keluar asap kat luar bangsal tadi.



Abis dalam kul 12 camtu.. al kefanasan! Walaupun redup tp sbb ko terlebih eksesais maka
berpeluh gaban lah! Menggelupur naik bas berekon2!

Sunday, January 29, 2012

Boboiboy demam


Abis ohsemmmm la pki shades tuh? *cover muka tak mekap*

Hai kawan2!
Kitorang kt klinik neh. Baby boy aku demam. Ohemjeee! Ngades lebey mamat ni. Kejab nk g klinik, kejab kata dah ok, kejab nk mkn panadol jew. Maybe sbb dah duk berjauhan wiken je jumpa bini tu yg ngades berganda!
Ni dh dua minggu dok melaka and balik hari jumaat mlm. Start next week sabtu ptg or mlm baru balik KL. Hoi kejam ok! Sian aku merindukan laki dia. Bila laki balik takde xtvt kecuali menjadi belangkas jer. Kalau keluar pon tgk muvee kt wangsawalk je. Beli tix online siap, lg setengah jam nk start muvee baru sampi. Amek ticket, mkn and terus muvee.
Seyes balik dr Vietnam dah seminggu tp cam bersisa je letih badan tu. Eh ngadesnye ko! Nk keje pon malas, tp dlm malas tu kul 7 gak beru nk balik.gigih! Eh ok la pjg plak entry. Padahal nk kutuk laki demam nk manje2 ajer pon!
Daaaaaaaa

Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, January 27, 2012

Happy Friday!

Hello guys!

Assalamualaikum

Salam Jumaat! haihh dah Jumaat.. kejab jer kan? Dari awal tahun tu mmg busy memanjang, dalam pada busy tu sempat plak kan aku tetibe berholiday ke Vietnam awal2 tahun ni. hahahahha
Kelassss ko Mariaaaaaa!

Perkara yang aku palinggggg suka adalah bergambar! bila dah bergambar nak upload ke FB and nak catat perjalanan dalam blog ni adalah mengambil masa. maklom la line tak clear sgt kat opis ni. dgn busy buat report and presentation tak abis2. Kat rumah lagi laaa aku malas nak on lppy. lama giler aku tak hadap lappy kt umah. hadap tab lagi besh sbb sambil baring leh layan tab tu.

Draft tuk update trip kat HCM mmg dah siap sampai day 3. huhuhu... hopefully aku dapat la curik2 masa nak hapdet ke blog. eh ada ke kroang tunggu? ahhhh fedulik hape, ada ahkak kesah? tetap nak up story trip HCM tu jugak wat kenangan di masa hadapan. gitew!

ok la semua.. nak sambung wat report. later2 lagi kita citer eh! Happy weekend!

Thursday, January 26, 2012

Nak pergi makan KFC

hahahahha
aritu lepas makan KFc, tunggu Ee kt depan ni sbb dia g toilet. Nampak 2 ekor kucing ni jalan hendap2. rupanya nak g KFC.
"beb, lain clear"
"ko la jalan dulu, aku follow"
"ok, ko usha line dari belakang, takut pak guard tangkap kita"
"ok line clear beb!"

Tapi tak masuk pon just berlegar2 depan tu! Pastu bergerak keluar.

Wednesday, January 25, 2012

Vietnam: Day 1

Salam semua…

Selamat Tahun Baru Cina!

Hari ni bos masuk lambat, tayar dia bocor, carik mekanik kedai cina tutup… so amik kesempatan tuk update trip “tetibe” aku ke Vietnam. Few months aku dok ckp nak g Guilin, china for musim sejuk at the end within 24 hrs aku dah sampai Vietnam! Alhamdulillah… kes kene kencing ngan travel agent yg dulu tu nanti aku citer lepas settle aku story mory trip to Vietnam ni eh!

Breakfast sama ibunda!
Trip ni la yg paling best aku rase antara trip2 yg lain. Sbb lain dari yang lain. Tak sempat nok nak kebek2 blog nak study kat mana brg murah, currency exchange brp and so on. Trip redah kata nye. Yang best malam tu aku packing2 sampai tak leh tidur. Sejam je aku tidur malam tu and kul 5.30pagi dah g KL Sentral amik bas dari sana. Sampai je trus check in. ada wakil Travel agency yg dah tunggu situ.
Flight kul 9.10am and sampai kat Ho Chi Minh kul 10.05am (waktu Vietnam).
Waktu Vietnam lewat 1 jam dari kita. 

Lama tak naik flight! yeayyyyy!!
Hello Vietnam!
Hi Ho Chi Minh!
Sampai2 je punyaaaaaaa lah ramai org! giler semak!!
Sampai2 dah ada wakil dari Vietnam. Ok sgt sbb ada Tour Guide yg follow!
Happy bersejukan!

Mr Malik - tourguide from HCM
Sepanjang perjalanan, byk giler org jual bunga! Rase cam g Cameron Hignlands pun ader.

Bandar Motorsikal!
Laluan yg mencabar! phewwwww
So apa2 kita makan dulu! Kita makan kat KEDAI SHAMSUDIN. Menu for lunch adalah Vietnamese Beef Noodle. Hadoiiiii tak kenyang okeh! Tapi balun je la.. aku tak lalu sbb byk nau tougeh!
Aku rase noodle ni kat Secret Recipe lagi best.


Lepas makan kita ke satu market BINH THAY. Sini sesak sgt sbb diorang jual barang mmg murah, tp wholesale lahhh.. tp aku dpt la grab topi NIKE USD2. Yang lain2 tak shopping sgt, sbb pack sgt sbb aku tak paham tajuk pasar kat sini. Mcm arked kat chow kit ajer! Tapi aku rase ni pasar borong, sbb diorang tak jual satu-satu. kene beli byk2 gitew.
 
So proceed to check in hotel! HUANG PHU GIA HOTEL. 3 star je hotel ni.
Dapat check in hotel, mandi2 kebabommmm ketiduran adalah syorgaaaaa!!
Aku plak leh lupa mintak password wifi. Tu yg tidur je.

Bilik triple sharing!
selesa je katil dia!

Ada bathtub! pancuran  air yg hebat!
Kul 6.30ptg turun sbb nak g dinner.
Anak Manja Emak!
Malam ni kita dinner kat VN HALAL. Semua kelaparan sbb siang makan noodle je, malam ni kita makan nasi! Yeay! Dun worry sbb kami mmg amik full pakej, makan je la..
Ayam masak serai! sedap!
Telor masin
Kari Ikan
alhamdulillah.. kenyangggggg

Lepas makan kami lepak2 kat satu ekspo seberang kedai makan ni. Jual bunga, bonsai, cystal camtu la… sbb nak menanti kan BENH THAN market bukak kul 7.30pm.
Gadis dan bungeeee
me and mum

cantek kan orked ni?
Dah penat lepak baru ke BENH THAN market. Kedai ni kat tepi2 jalan je.
Ala2 downtown tu, tapi sini la tempat paling heaven!
pilih-pilih! macam2 ada!
Baju kurung siap sepasang bersulam bermanik RM60 aje! Sini leh dpt brg2 souvenirs murah2! So korang kene pandai bargain, tapi aku kedai first dah kene kencing! 1 paket tu patutnya 150,000 dong je… tapi aku terkena 450,000 dong! So sila la belajar currency siap2.
Nanti aku kasik tips camne nak shopping kt sini!
Ingat kat market ni tak best, kami mintak sejam je. Sekali baru 3 gerai dah abis waktu. Sebelum balik lepak minum air kelapa ni. Heaven giler. Dah la kepanasan, dpt minum air kelapa fresh mmg heaven!

air Kelapa yg fresh. RM2.50saje! nyamannnnn
Di sebabkan dah malam, and hotel tak la jauh sgt dr market. Beh kurang 15 minit ajer. 15 MINIT AJER! Pfpfpttt!! Bas pon dah balik. Penat wei menapak dari market g hotel. Part paling mencabar kat sini ialah melintas!! Kat Bandar Ho Chi Minh ni kan terkenal dgn kenderaan MOTORSIKAL. So caranya… bila melintas, kita kene berjalan satu group and sambil melintas semua kene angkat tangan! Perghhh mcm kumpulan hip hop wa ckp lu!! Ekekekekek…

Angkat tangan! nak melintasss! lintas beramai2
Sampai je hotel, terus mintak password wifi and sambung bermanja2
berwhatsapp sama suami. Auchhhh windu you bee!