:: Mr & Mrs Ee ::

Saturday, December 27, 2014

Bantuan Banjir

As salam

Sedih and amat menyedihkan. Pilu sebak baca berita rasmi dan keratan text dari mangsa atau waris mangsa yang terlibat. Tak terbayang keadaan mereka yang melalui saat getir beberapa hari ni.. Bayangkan di saat ini mereka hanya perlu memikirkan keselamatan ahli keluarga.. harta benda memang langsung lenyap punah. Hanyut bersama bah..

Tak terbayanv sengsara yang mereka hadapi. Menghadap banjir berhari hari... bila banjir dah surut nak bersihkan rumah. Selut pasir lumpur kesan banjir. Perabot dan pekakas habis rosak. Bagaimana mereka hendak mulakan kembali kehidupan seperti sediakala? Ya allah.. tak tertanggung rasanya dugaan hebat yang mereka lalui...

Kejadian macam ni masih ada yang nak.menuding jari... kita perlu bersatu untuk bantu semua mangsa. Mulut bercakap lebih tajam dari mata pisau. Ada yang kecam cakap "Dah tau banjir tiap tahun.. bersedialah simpan stok makanan dan keperluan lain. Jangan la harap orang bantu..."

Ye kata kau! Aku rase diorang yang saban tahun hadap banjir memang dah bersedia. Takkan bodoh benar nak nganga.. nak kebuluran kan? Tapi kali ni memang banjir besar yang tak di sangka2 melibatkan lebih 100,000 mangsa. Penempatan mangsa banjir pun hampir tenggelam. Air naik begitu cepat. Allahuakhbar!!

Serius aku tak bleh blah dengan orang yang cakap tak fikir panjang ni. Ok laa.. aku tau bulan Disember memang musim hujan and banjir tahap2 betis je. So sebelum tu aku dah load brg makanan dan keperluan 3 troli. Tup tup hujan mencurah curah and cukup3 hari banjir naik paras dada. Boat penyelamat datang nak selamatkan aku dan keluarga. Kau ghaserrr ada masa tak aku nak pack angkut skali brg 3 troli yang aku dah beli tu naik boat pindah ke pusat pemindahan??

So please la jangan cakap apa2. Kita tak lalui apa yang mangsa3 hadapi jangan cakap sesuka hati je. Even.ada kes yang kaum keluarga mati lemas depan mata. Kita doakan supaya mereka tabah dan sabar dengan dugaan ni. Marilah sama sama hulurkan bantuan untuk semua mangsa banjir yang sedang melanda negara kita ni.

Thursday, December 18, 2014

Sakit!

As Salam

Menggigih nak hapdet. jab lagi pening.. yapuddaaa.. sebebarnye aku ni sakit tetibe je bisul kt kepala! Sakit hoii... serius sakit sampai bengkak kelenjar sebelah muka. Muka bengkak kalah pakai botox. Sakit ya rabbi.. menahan dgn air mata wehhh... selagi tak betul2 naik masak selagi tu  la berdenyut denyut! Hazabedahhhhh!!


Naik tercekik makan ubat ni. Tapi nak baik punya pasal hadappp!

:: Menangis ::


Sakit2 tapi suka je nak anje anje kat fesbuk kannnn.. but seriuosly sejak.arwah mak meninggal ni la first time aku nangis tersangat sangat rindukan MAK !.. yelaaa selama hidup sejak lahir smpi la akhir nafas arwah mmg aku depan mata dia je. Tak pernah pisah.. so kalo aku sakit dia yg akan tlg masakkan tolong bagi ubat.

Malam tu rase sakit sangat. Aku menangis tahan sakit and tetibe teringat arwah mak. Terbayang kalaulah beliau masih ada mesti dia akan bantu aku. Aku nangis semahu mahunya kat laki aku.. laki aku tanya sakit ke?

Aku jawab.. "nak makkk!! Ayg nak makkk!"

Laki aku takleh buat apa laa.. terus tlg sapu ubat kt kepala aku. Pastu aku peluk dia. Huh lega dah nangis. Pastu konon masuk bilik mak kejab. Tetibe rase nak carik mak nak suh mak buhkan ubat. Huhu.. merembes lagi aku nangiss.. lepas tu legaaa.. 

Maaf ye.. aku bukan meratap pemergian arwah MAK atau ABAH. Sungguh pun aku dah tak ada kedua ibu bapa lagi waima makpak mertua pun.. belum pernah la nak meratap pemergian.mereka. sesekali akan rase sendu..rindu sangat. Tapi tak terluah.. rindu yang tak berpenghujung...

Tapikannn.. sebalik status yang aku up kan tempoh hari.. ada sape2 penah ke buat or dgr ritual mcm ni??


Speechless!!


Monday, December 15, 2014

Hijab

Salam and good day peeps!

Lama tak bersiaran.. cam malas je nak menaip.. tp nak bebel jugak.

Alhamdullah.. sejak aku mulakan fasa kehidupan baru dan semperna kedatangan Maal hijrah aku dah mula berimej baru. Yang aku sendiri tak jangka untuk pakai terus. Tapi mungkin ini hidayah yang Allah beri untuk aku.


Dan insyaallah.. tahun 2015 aku akan mula bertugas semula seperti biasa. Mohon korang semua yang sudi singgah di sini mendoakan kesihatan aku bertambah baik hendaknya. Insyaallah.

Tuesday, November 11, 2014

Sedekah Subuh

Salam semua..

Lama tak membebel kat sini. Kurang rajin sket la.. Malas pun yer.. tapi pagi tadi dapat satu whatsapp yang pada aku agak menarik untuk di kongsikan. Maybe kita boleh amalkan dan manfaatkan bersama. Moga beroleh keberkatanNya. In Sha Allah.

=========================================

SEDEKAH SUBUH...

Sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan dan banyak perkara yang menjadikan kita stress. Masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
Bagi saya ...ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi para sahabat.

Sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group  laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.

Saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.

Oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.

Oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.

Sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.
pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.

Tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.

Seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...

Seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap.... memanggil namanya IBU... setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.

Seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.

CARANYA?...mudah sekali

Pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.

Setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...

Seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita...

Just sharing... Moga bermanfaat. :)

Monday, September 29, 2014

Resepi karipap

Assalamualaikum

Lama menyepi. Iolss busy sket macam2 urusan di dalam dan di luar negeri yang perlu di settlekan. Bluwerkkk.. ntahla.. busy pun yer.. byk benda tak urus. InsyaAllah next month ( November ) naik keje balik. Moga urusan di permudahkan dan kesihatan bertambah baik hendaknye,

Hari ni nak tepek resepi karipap. Kot2 resepi2 yang aku dah save dalam note 8 aku ni kaput ke kan, ada la back up kat sini. Simpan lam paler otak ni tak jamin la sbb kadang sel sel otak aku tak berhunung gak. Meh la layan...


" KARIPAP CRISPY INTI DAGING "

KULIT KARIPAP

Bahan:
4 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak - dipanaskan
2 sudu planta
1 cawan air sejuk + 2-3 ketul ais batu di campur sesudu teh garam (larutkan)

Cara penyediaan:
- Gaul rata planta dgn tepung
- curah minyak yg tlh di panaskan
- Gaul rata menggunakan senduk
- Uli tepung dgn mencampurkan air sejuk sedikit demi sedikit hingga adunan tidak melekat
- rehatkan 1/2 jam dan tutup adunan dengan tuala lembab yg bersih @ plastik wrap

===============================

INTI KARIPAP

Bahan2nye:-
4 biji kentang (saiz besar2) - potong dadu
Daging / Ayam cincang
6 ulas bwg merah - kisar kasar
3 ulas bwg putih - kisar kasar
1/2 inci halia - hiris
2 biji bawabg besar - potong dadu
1 pkt kecil serbuk kari - bacuh jadikan pes
2 tangkai daun kari
Daun sup - hiris halus
Garam, gula secukup rasa

Cara penyediaan:
- Tumis bwg merah, bwg putih & halia 
- Masukkan daun kari & pes kari. Tumis hingga pecah minyak
- Masukkan bawang besar yg di dadu tadi
- Masukkan daging/ Ayam. Tunggu hingga empuk
- Masukkan kentang. Tambah air jika perlu 
- Perasa kan bahan perasa
- keringkan inti
- sebelum tutup api, masukkan daun sup

Siap! Adunan ni boleh dapat dalam 45- 50+ biji karipap ikut besor mane korang nak uli. Aku buat hyk ni sbb pehtu frozenkan. Cara aku froEnkan, lepas siap kelim karipap tu buh lam freezer dalam 30 minit then boleh la simpan lam tupperware. Nak gireng nanti defrost 2 minit then goreng api sederhana. Kalo api panas naik jerawat kulit karipap tu. 

Or cara 1 lagi tuk frozenkan karipap ni, just goreng sekejab semua karipap tu. Then leh la simpan lam freezer.

sekian.

Wednesday, September 10, 2014

1/2 kg Karipap Rindu

Salam semua.

Selamat Pagi!

Awal aku bebel pagi. Sebabnye.. perut pepagi dah mintak di isi. So pagi ni breakfast Karipap Terlanjur Rangup. Actually aku dah taip resepi separuh tadi. tetibe hang plak. Kalau rajin aku buh lagi skali eh

Actually ni 1st time aku buat karipap dari scratch. Harini hari ke 40 arwah mak. RINDU sgt! Al fatihah.... Sambil buat kelim karipap tu teringat moment bersama2 arwah. Selama ni nak makan apa semua arwah mak sediakan. Sekarang dah takde kene la usaha sendiri kan.

INTI KENTANG & DAGING

DOH KULIT KARIPAP TERLAJAK RAPUH

Hasil seni gentelan kelim Karipap

My morning Breakfast!

"Karipap Terlanjur Rapuh"

Perut sudah kenyang.. Miam!! 

Nanti i share resepi k!

Tuesday, September 9, 2014

Kuching Trip - Day 2, Part 02

Kan aku dah cakap.. Day 2 ni banyak gambar sket.. Sampai sambung ke Part 02 bagai.

Lepas lunch and chitchat lebih kurang aku pun call la agent aku kat Sarawak. Aku kenal dia masa TeamBuilding kat Thistle Port Dickson 2012. Pastu ada laa several course lagi meet up.So jadik sangat close jugak. Kebetulan dia memang takde husiness trip minggu tu so bole la jumpa.. Maka kakak datang laa kutip kitorang kat office.

Jom ke Kubah Ria!

We at Kubah Ria.. katanya lokasi baru untuk peniaga dari Pasar Satok tu.
Mari mengenal buah buahan dan sayuran tempatan. Fresh2 mende ni semua. Kagum tengok buah yang tak pernah jumpa. Eh ke kat KL ada je cuma ko je tak penah pergi Pasar neh. Buah SETOMPOK tu diorang cakap campur dalam asam pedas sedap. Mungkin rasa dia masam barangkali.
Lada hitam trademark negeri Sarawak. 1st time tengok yang mentah.
ASAM KELUBI... bukan laici yea! Kemain masam menjerut buah ni. Lyana ada beli sket buat makan Kat hotel. Merembesss ailior aku menaip ni heyyy..
Antara aktiviti masyarakat setempat.
PERTANDINGAN MEMAKAN BUAH-BUAHAN
PERTANDINGAN MEWARNA
Ko mampu? bersungguh2 pakcik ni mewarna... kikkikiki
KARAOKE pun hader... pakcik ni nyanyi ntah brp album dah. Asik dia jer.. End up tak beli apa2 pun.. Balik tu ajak kakak tu g makan. Lapor hujan hujan tuh
Makan untuk kali ke dua? RUMAH HIJAU CAFE... cozy je susana dalam cafe ni. Suram2 gitu. Cuaca plak hujan.. damai sungguh
Sementara tunggu makanan tiba.. kakak hulur candy ni. Cotton Candy tradisional.. sedap jugak. Rasa macam cotton candy perisa sagu.
Lunch/Tea time... kita bertiga makan Ayam Penyet. Arill la rekemen. Ok jugak, biasalah ayam penyet rasa gitu lah.. bezanya sambal dia sedap ke tidhok?
Mee Rebus. Kakak punya.. sporting gila bila kita mintak nak snap. Memahami sangat jiwa remaja purba kami neh.
Ini lah KAKAK. Nama dia Liza. Aku biasa panggil dia Kakak je. Thanks kakak bawak kami jalan kejab and belanja us makan.. Now dia dah duduk Miri, kalau ada rezeki boleh ke Miri pulak lepas ni.

Lepas kakak hantar we all balik hotel. Kita rehat2 kejab. Aku malas nak mandi sebab dinner malam tu berkonsepkan BBQ + Steamboat. Kompem bau asappp! 

BBQ & STEAMBOAT DINNER @D11, JALAN LEE BAN HOCK
RM18 nett/person (price May 13 ye).. drink RM2 per glass
Ya Allah sedap giler makan kat sini and sangat berbaloi dengan harganya!! Banyak choice! Terpaling win KAMBING dia.. aku selalu kurang sket makan BBQ. Tapi malam tu aku sendawa kambing wehhhh... 
Chef of the day! Yang Lyana tu tak abis2 dgn handphone. Rasa nak rendam je hp dia and kalau boleh dengan dia skali aku nak humban dalam periuk steamboat tu.
Umi, Me, Beatrice, Lyana & Masha. Arill si tukang amik gambar..
oh my!! Rase nak terbang pergi Kuching sekarang! Merembess ailior baq ang!
Perempuan kekenyangan Kambing... yang berbau asap BBQ! Nasib petang tu aku malas nak mandi. Sebab dah tauuuuu sure bau asapppp balik nanti and nak kene mandi lagik. Dasar kambeng!

Balik tu singgah Irene Spa.. dekat kawasan situ gak. G urut kaki.. murah giler RM20 untuk 1 jam.. perghhh! Paling tak menahan si Arill and Lyana terjerit2 sakit and duk burping.. kitorang tukang gelak je lah. Sedap hoi dia urut, sampai lenaaaa!

Abis mengurut pergi lagi ke Raja Ayam Penyet. Minum2 and hunting for Banana Cheese... gambar yilek laa, sebab bateri handphone and owner dia skalik dah flat. kosser dah hey.. dari pagi keluar sampai larut malam

Sampai hotel kul 12 mlm kot terus g kaunter, aku amik service aircond tambah RM16, aku tak bole tidur takde aircond. Mengada sangat kan?.. Lyana aku paksa dia beli siaran tv. Bosan kot kat bilik... lepas mandi , pillow talk sampai kul 3pagi..  pastu tidur. Memang habit aku ngan lyana kalo tidur hotel mesti ada pillow talk session.. rabak mata menahan mata , koyak mulut dok menguap lapan ploh kali till Zzzzzzz

Thursday, August 28, 2014

Kuching Trip - Day 2, Part 1

Salammm

Kita sambung hari ke 2 ye. Hari ni padat sket xtvt..

Apepun kita We-ficontinue! Ni kat depan Tune Hotel. Tema baju MERAH ye!
Aku tengah holiday pun call masih berdering.. yang tasubsidiaries lammmvideo caol bagai nak show documents. Macam laaaa takde org lain kat office yang boleh tolong. Anja anje sangat agent2 aku neh..pfffttt!
Saje nak buh gakkkk! Masa ni otw cari breakfast. At the end makan kt McDonald's gak. Macam kan kat KL takde McD... eh mesti cuba! Sebab kat KL tak ada jual MANOK Goreng! Kahhhh matik laaa marah org2 Kuching kang!  
Since 2007 Aku dah beberapa kali datang Kuching belum pernah ambik gambar kat sini.. Inikalilah ambik, baru betul tanda aku dah sampai sini! 
Lepas makan g tepi Sungai ni.. konon nak ke seberang. Bole beli kek lapis and nak pegi ke bangunan DUN Sarawak tu.. one of company project aku dulu.. TAPI aku gayat nak naik sampan and nasib baik cuaca sangat panas terik dan menyebabkan KETIBAS terhamat. 
Maka Puteri Lilin hanya berlindung di tepian Waterfront Sungai Sarawak. Terus call collegues aku suh kutip kitorang g ofis.
Depan opis kitorang kat Kuching.. hihihi... 1st time untuk Lyana sampai branch sana nak tutup baru dia dapat Datang visit
We all lunch kat nearby restaurant je?. Aku & Arill Makan Mee Kolok. Pompuan ni makan Laksa Sarawak. Muka kelat abis sebab kalau orang tak biasa makan, rempah Laksa Sarawak ni ada bau jamu.
Mee Kolok... sik berapa nyaman ney. 
This is Robert. Despatch cum driver.
Membunuh masa dengan selfie kaca mata hitam. Pastu carut kat Lyana 

"weyyyy bodoh lahh spek mata kau nehhh. Buruk dah muka aku!"

Padahal muka sendiri lebar kayak jam dinding kat stesen ketapi lagiii mau salahkan kaca mata Marc Jacob si Lyana. Carut dengan sengaja di situ.
Kekasih gelapku! Hi Marc Jackson... my team untuk branch Kuching


We all dengan our beloved Tea Lady.. Kak Siti @ Bed. Lama dah dia keje.. dekat 20 tahun lebih tak silap. Now our sister company amik staff2 kitorang keje dengan others subsidaries... mostly yg non exec la yang dpt transfer. Yang lain cari haluan masing2. Semua staff branch sana dapat VSS.

Kat bilik ni jugak la aku lapor diri ke HR tahun 2007.

oklah.. kita sambung citer petang kang, tak pun esok esok je lahh kalo rajinnn

Wednesday, August 27, 2014

Kuching 2013 - Day 01


Assalamualaikum

Ini kisah percutian #THROWBACK version katanya. Maklom laaaa last year memang aku busy sangat sampai tak berupdate blog. Semperna aku sedang bercuti ni dan kekurangan kerja meh la aku buh memory percutiamn kelam kelibut dengan geng ofis aku ni. Memory pon ingat2 lupa camtu.. arghh belasah la.. janji memori untuk kenangan masa depan. Kot rindu leh kebek2 blog imbas memori silam gitu.

Ke Kuching Ke Kita !!
Trip : 15 - 17 May 2013

Trip ni terjadi bila compamy aku bought over 1 lagi fund house lain. Dulu HQ office kitorang asalnya kat Kuching. So... we growth bigger and now KL dah jadi HQ.. Kuching salah satu branch la. During merger ni, the new fund house yang kita bought over team dia memang byk staff and banyak branch. So di kebaikan bersama staff dari certain dept kene la amik VSS. Officially close 31 July 2013.

Atas dasar semangat setiakawan, walaupon bekerja jarak jauh tapi kitorang sangat sangat close! Ntah camne kitorang bincang2 atas inisiatif sendiri kita pergi visit Kawan kawan kita kat sana sebelum officially tutup. Ye laaa tak semua mampu fly ke KL bercuti. Maybe pasni lansung tak jumpa ke kan? Why not? But rasa sangat berbaloi dpt fly jumpa all of them. Sobsss..


Kita gerak dari office kul 4:30 petang... kelam kabut sangat. Ye laaa.. aku ngan Arill punya closing processing kul 4.00ptg. Patut kuar sharp kul 4 ptg dari office, tp nk gerak tu kemain byk pesanan dari bos2 and kawan2 lain. Macamkan kitorang pergi berbulan kekdahnya.

Berkejaran dari office ke Monorel Raja Chulan then turun KL Sentral. Dah ler ujan renyai time tu... Nak kejar ERL transit kul 5.00 ptg. Semput macam marathon! Turun kat station Nilai ke ape ntah, ada bas dah tunggu. Terus ke LCCT. Sampai je terus masuk sbb mmg tak check in luggage pon. Dah siap2 Check in online.

Partner in Crime yang berlarian tempiaran mcm peserta Amazing Race!


Aku dah rase oren time ni. Sebelum kuar opis tu ada kes sket ngan agent. Pastu sebelum keluar dia sampai. Grhhh... pastu ntah apa tak puas ati dok call aku sepanjang perjalanan nk ke LCCT. Tau tak hati gua dah remukkk? Bladihellll!

Naik AirAsia sekian kalinya... last naik sblm ni ke Vietnam. And ni la last flight aku turun naik kat LCCT rupanya..alhamdulillah rezeki sangat. Kitorang ni petang2 dah abis keje suka tengok web kapalterbang, sajer tengok kot2 ada ticket murah. Kebetulan dapay for return ticket KL-Kuching-KL RM98 sahaja. Yeay lompat bintang!


Our 1st trip on board! 1st time tuk Lyana ke Kuching ni. Actually 15hb May Birthday Arill yang ke 33 tahun! Mamat ni everytime birthday je mesti nak reward naik katebang je. Mampu sangat celebrate ala2 ongkaya. Tahun2 sebelum ni pergi umrah (alhamdulillah), Bangkok and for 2014 dia pergi Hong Hong.

Mampu sangat mintak cerca dari kitorang yang marhaen ni kan? But bagus gak.Bila lagi nak rewards diri sendiri kan? At least sesuatu yang baik untuk dikenang di hari yang Istimewa kan..


Touchdown je Kuching kawan kitorang si Umi ngan Masha dah tunggu. Dalam katebang kengkonon nak mkn Nasi Lemak Pak Nasir. Takde la booking online kan.. sekali ade last sebungkus je. Share 3 orang. Sadissss... lapar kot sebab mmg dah dinner time kan? Masuk2 kete berebut semua nak bercakao. Kahhhh! Berzikir aku ajak g makan Lets eat 1st!!


Makan kat RJ Ayam Bakar! Ya ampunnn sedap nye Banana Cheese dia. Malam tu aku tak makan nasi. Makan roti je. ya allah nikmatnyee stim stim makan banana cheese jat sini!

Lepas chat lebih kurang, kul 11mlm camtu terus ke hotel. 1st time duduk TUNE HOTEL. Ok la not bad. Cuma towel and toiletries kena bwk sendiri. Malam tu tak beli servis TV and Aircond. Oklah.. sesuai tuk backpackers. Yang ada anak kecik tak suai la bagi aku sebab hanya basic je yang dia bagi. Cukup selesa and bersih sangat. 

Malam tu tak lena sangat tidur sebab takder airconD! Hahaha.. manjew sangat kitew niew! Bluwerkk! Murah je tidur Tune Hotel ni... kita amik 2 bilik untuk 2 mlm.. cuma RM135 je. So RM45 per head. Berbaloi sangat!

To be continue...

- Bubye -

Tuesday, August 26, 2014

Al-fatihah untukmu Bonda

Salam semua

Hari ni hari terakhir Syawal.. Syawal yang pilu untuk aku sekeluargal.. Beberapa kali aku cuba update pasal hal ni, tapi tumpaini sudi menedeka dgn air mata. Seriusly aku benar2 tak rasa apa itu SYAWAL untuk tahun ni.

RABU - 30 July 2014, 3 Syawal jam 10:05 pagi...

Perginya bonda tercinta mengadap penciptanya.. Sudah sampai perjanjiannya, meninggalkan kami semua.. meninggalkan segala kesakitan yang dia tanggung selama ini. Berakhirnya perjuangan dia melawan Kanser Payudara.

AL FATIHAH buat Bondaku... Damailah engkau di sana. 

40 hari sebelum... 

Entry2 sebelum ni aku ada update pasal.

Maaf.. aku tak boleh nak teruskan entry ni. Hiba dan sedih masih terasa. Mohon yang membaca entry Ini menyedekahkan surah Al Fatihah buat arwah bonda.

Salam

Al-Fatihah

Monday, July 21, 2014

Roti Boyan @ Bawean

Salam semua

Eceh.. otomatis belog di bulan Ramadan jadi blog masak memasak. Tapi aku suka je.. sebab dengan cara ni in future lupa resepi.. haaa kebek balik belog ni je. Refer untuk diri sendiri..
Menu berbuka hari Sabtu. Nasi Lemak & Roti Boyan

Punyalahhhh teringin nak nasi lemak. Kat Param area umah aku taderk jual. Sakit hati kita tawww. Nak masak sendiri memang tak reti. Jenuh google and tanya kawan. Bukan ape... aku ni sepanjang umur 32 tahun ni memang tak pernah masak nasi selain dari nasi goreng & nasi harian. Mak pulak memang sangat lemah sekarang. Pepandai aku la..

So... How was my first Nasi Lemak? 

Sambal tu sukses! yeayyyy tapi pedas aku rase cili kering yang jenis pedas tu kot. Siap kacang & ikan bilis yang rangup! Telur rebus tu lembut je.. cantik elok bila di kupaass... (lempang nakkkk??). Timun besor sket sebab tu laki aku beli. haha.. aoe ke poyo sangat aku citer ni?!!

Nasi Lemak???

Aku paling gabra bab nasi. Sebab tak pandai nak agak santan & lemak masin tu. So plannye guna santan kotak. Tapi aritu blogger ada promote Santan Serbuk Pandan brand M&S ni... so mari coba! 


Kemain LEMAK nasi aku! hahaha.. nasi 1 pot sentengah je. Aku buh semua serbuk santan ni. betul betul lemak. yang penting memang rasa NASI LEMAK sebab ada bau pandan. Aku rase next time kene bancuh separuh je laa.. sebab makan bertiga je pun. Apepun keseluruhan SUKSES! Nasi lemak aku lengkap & tidak "telanjang". Opsss!

ROTI BOYAN @ BAWEAN

Roti ni asalnye kalau tak silap dari Singapore. Aku tak berapa pasti tapi arwah nenek and one of my nenek sedara masih buat roti ni. Roti ni favorite arwah abah aku. Dulu2 masa arwah abah ada nenek sedara aku ni tiap kali visit kitorang or kitorang pegi rumah dia mesti dia buat untuk abah. Selalu limited sangat roti ni. Ye laa kuderat orang lama mana larat nak uli banyak kan. Aku plak since dah duduk rumah.. takde keje dok google la kot ada makanan yang aku teringin nak makan.

Nak RESEPI ROTI BOYAN? Nahhh cuba lah! 


Refer gambar bawah ni. Lipat macam apam balik ni. Senang tak kotor tangan sebab ada lapik plastik roti ni. Macam buat karipap jugak. tapi tak payh nak kelim2 ye. Cantum ajer.

Dah siap bubuh inti, boleh frozen kan buat stok. Kalau nak goreng.. aku simpan kejab dalam freezer sebab pastry roti prata ni cepat lembik susah nak tanggalkan dari plastik. Kalau baru kuar freezer senang je tanggalkan plastik dia. So goreng la dengan sedikit minyak.

Sebenarnya ada je resepi bahan roti asal dia. Aku malas.. so nak cepat kita pakai yang segera je la.. Makan dengan sambal tumis ikan bilis. So yummylicious. Tapi aku suka makan macam tu sahaja! 

Hero of the day! Komen laki & Adik aku.. 

"Double Thumbs Up"!!

Ketuk - ketuk Ramadhonnnn... Alhamdulillahhh ;))