:: Mr & Mrs Ee ::

Thursday, November 10, 2011

Alhamdulillah.. selepas setahun


Alhamdulillah..ni la mak aku hari ni. Sihat kan dia? Syukur sgt mak sihat seperti sedia kala. 2-3 hari lepas, aku kebek entry setahun yg lalu.. sedih sgt sbb keadaan mak sgt teruk masa buat kimo. But Alhamdulillah, lepas setahun ni la keadaan mak aku.

Mak banyak rehat sampai dia boring. Raya baru ni dia amik balik tempahan jahitan. But only for close relative and yg senang2 je la.. baju kurung, kurung moden, kurung Pahang sudahhh… no lining2 yer! Hahahha

Tak pernah seumur hidup mak jaga anak org, and haritu dia tlg jaga cucu sedara dia for about 2 weeks. Owh Aqil kamoo sgt bertuah nenek jaga kamoo. Kahhhh… pastu dah rindu kat Aqil plak dia, huhuh… mummy pon rindu Aqil jugak!

Aktiviti terbaru dia siapkan 9 hantaran kazen aku tuk bertunang last week. Siap gubah fresh flower bagai. Haaa kooo! Mak aku tu mmg tak reti duk diam. Ada je benda dia nak buat. Biase la dia dah biase busy, dok2 saje memula dia suka lelama buhsan!. Dia ckp nak keje kedai cina buat gubahan la.. ada2 je mak aku neh.

Actually, mak skrg tgh buat kimo lagi. Dia kene buat another 17 sesi kimo. Tapi aku tak sure kimo ni panggil ape la. Tapi mmg takde effect ape pon. Mak still drive pergi and balik sendiri. Now ada balance dalam 7 kali kot. Ni doctor yg rekemen. Kimo ni ala2 pencegahan katanya. Memula aku takut jugak kalau2 mak tak kuat macam sessi terapi dulu. So far Alhamdulillah. Mak masih kuat.

Happy kan bila rase org yg kita sayang sihat dan ceria seperti biase. Mid of December ni, aku ngan mak akan fly berholiday berwinter2 ke Guilin, China. Musim sejuk okeh! Memula aku takmo pergi, tapi mak beriye nak sgt pergi. Sbb dulu dah janji kalau mak dah sihat mmg nak g jalan2. Heheheh… mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Insya’allah…

“Dugaan Allah SWT terlalu hebat, sama seperti nikmat yang di berikannya... “

No comments: