:: Mr & Mrs Ee ::

Monday, October 4, 2010

Teluk Intan

Ollaaaa... lama kennn x hapload? gigih arini nk menghapdet. kater panas lagi kenn... Raya2 camni ada je kan rancangan nk ke sana sinun selain dr menghadiri open hse situ sana sini kan. Bincang punya bincang… sepakat nak melawat keluarga Mak Long kat Teluk Intan. Dia ni sepupu mak aku. Kitorang ni yg x de kampung, so feeeling2 la nk balik kampung kononnyer.. so 3 kereta je yg berkonvoi kali ni.. maklom ler memula plan ramaaiii nau nk pergi,. Bila tiba harinyer… yg hadooo je kan. Maklom la musim2 raya ni, byk dah kering poket kan.
Bertolak la kami 3 kereta. Tiba di Teluk Intan (TI)… lepak kat Hotel Angsooka tunggu Pak Long Fetch kitorang. Dekat sejam jugak menunggu, Rupanya.. pagi tu mak long ke wad kecemasan, sbb darah tinggi dia naik sampai ke 180/130. huhuhu,, sepatutnya dia kene warded, tp mungkin fikirkan adik2 sepupu yg dating dr Kl ni, dia refused nk warded. So, Pak Long belanja kami mkn kat Restoran Gulam Rasul. Sian mak long kan.. sehari sebelum tu dia dah siap pergi pasar nk masak, tp mlm sblm nya rupanya mak long dah start tak sihat. kesian dia...

Restorant Gulam Rasul yg org sini ckp fofular ngan nasi kandar. Tp mase aku amik mknn x de org yg mengandarkan pon. soo aku KANDAR kan sendiri laaaa.. heheh.. aku buh kuah kurma ayam, kari ayam, kari daging, kari ikan.. keh3. lauk ayam kurma, telur asin, ulam kacang botol + smabal belacan.. and buh acar timun siap ada kacangg.. perghhh meletup. Di tambah plak ais kosong dia dlm gelas besi (aku x taw ape nama gelas neh) perghh… rase sedap giler je minum ais sejuk lam gelas besi ni (x dan nk amik gmbr, sbb sudah lapar + gelojos yg melampauuuu).
Masa makan ni la mak long skait balik. Menggigil2 badan dia.. terus lepas makan, kami papah dia masuk kete. Kalau la mak long terjatuh time ni, mau kene strok. Terus hantar ke kecemasan Hospital Teluk Intan. Alahai..berkampung la kami disini instead ke rumah Mak Long. Mase admint sini, dia di masukkan di wad separa kritikal. Kasik rehat dulu sblm admit ke ward. So kami pon melawat dia dlm wad tu sblm balik ke KL.

:: MENARA CONDONG, TELUK INTAN ::

Ater jakun kan,, harus kami ke Menara Condong. Keh2 .. naik pening aku tgk.. tang mane yg condong.. tp mmg condong.. hai la.. condong… condonggg… hahahhaah. Cuaca amat ler panasss…. Dlm setengah jam je kat sini,. Terus aku nk balikkkkkkkkkkk… (gelabah je minah nim takut cair kene panas) . Semoga Mak Long cepat sembuh, insya’allh.. nk ke Pulau Pangkor lepas mak abis treatment end of this year. Leh ler kami singgah ke rumah mak long. Insya’allah…

Rombongan 3 kereta... 13 org jew.
Mak yg happy dpt berjalan. Esok sepatutnya mak buat 4th Kimo... tp last week check darah, darah putih mak sgt2 rendahh.. so kene g next week. Tp doktor dah bising suh mak rehat byk2... ye ke rehat mak?? asik ke hulu ke hilir je.. hahahhaha

3 comments:

nome said...

lahai ciannyer mak long...dah siap2 beli brg nak masak..tup2 ada darah tinggi, walaupun x sempat nak masak, tp dia gigih gak gi temankan makan...semoga dia cepat sembuh...

eLYies said...

bestnya berjalan2...mak ko tu kena rehat banyak2..tapi ader je hal dia nak buat..huhuhu

ILA HAFIZ said...

ko itu kedai ka. itu mmg famous mee goreng. nasi lambai yg aku ckp tu dekat belakang sungai.

rindu lak nak balik t.intan :(