:: Mr & Mrs Ee ::

Wednesday, November 30, 2011

Layan sampai lebamsss

Miahahahah… Semalam kan ramai giler meroyan sbbcerita CINTA ELYSA tetibe dig anti ngan perhimpunan UMNO. Meroyan semua org kat FB Land malam tadi. Ekekekek… dalam pada tu, sejak aku dah tak berapa nak sibuk ni, baru la aku dpt tgk rancangan tv puas2. Lucky la astro dah kene potong kalau tak aku lagi haru nak melayan semua channel. Just realize smlm super duper busy menhadap tv. Kahhh…

6.30pm – TV9 Upin Ipin
7.00pm – TV3 Tentang Dhia
8.30pm – TV9 Karma
9.00pm – Cinta Elysa
(tp malam td perhimpunan Umno)

Kronik kan? Kul 8.30 – 9.30pm tu layan Karma, Cinta Elysa kul 9.00 – 10.00pm bertukar2 channel. Hahahah.. nasib la laki aku mmg takde kat rumah. Kalau dia ada mmg bergaduh rebut2 tgk TV. Kat rumah aku ni, tv sorang satu, kecuali aku laki bini la share lam bilik. Hahahahha… mana la bill letrik ko tak melambung2! TV 4 bijik, lappy sorang satu, tab/ipad sorang satu, handphone lagi.. mau tak meletop2 bill letrik umah!







Layan sampai lebammmmm!!

Tuesday, November 29, 2011

Jalan2 hari Sabtu

Heheeh… pantang ada duit lebih sikit, mula la otak tu ligat je kan? Sabtu lepas ke SOGO. Bwk makcik aku dr Singapore dtg sini sbb dia nak borong tudung kat Jalan TAR. Punya lah ramai rakyat jelata! Sogo ni aku mmg jarang nak jejak, kalau aku anta org Singapore dtg sini baru ler menjejak kaki kat sini. Pergi sana dah tgh hari so parking penuh so kami park kete kat Pertama Kompleks je. Tu pun jenuh memusing and at last ada gak ler rejeki 1 petak betul2 kat exit plak tu.


Terus makan sbb pagi tu aku tak breakpes so terus lunch. Pastu seret2 kaki tgk2. Sekali tgk handphone. Saje nak usha handphone baru tuk mak sbb handphone yg aku belikan dulu dia kata mcm tak berapa nak dengar. Handphone ni aku ada tgk kat brochure aritu. Ye lah cina kedai tu pon ckp skrg Nokia dah out dated. Haahhhh pi la lantak outdated ke mende. Sbb skrg keypad nokia dah cam blackberry. Sian mak aku terhegeh2 nak taip. Yang ni aku rase suai la ngan mak aku. Nokia C2 hadiah untuk mak. Mak sgt suka! Alhamdulillah.. kenaikan gaji pertama ni sepenuhnya untuk mak!


Lepas beli handphone, aku g SOGO. Ingat nak paw laki aku skincare or perfume. Tapi rase malas sbb ada lagi.. tak baik nak bazir2. Agak2 la nak paw laki tu.. ujung bulan depan roadtax kete nak di renew, nak bg duit belanja kat bini tersayang holiday ke China lagi.. *comolot sket B* . Kat Sogo, aku belikan mak teko je, sbb mak ngadu teko dia tersadung paip so retak. Aku plak beli pillow case kaler fink and beige, susah nak dpt pillow case plain. Tak tau la kalo korang senang jumpa. Aku susah benar nak dpt yg berkenan. Laki aku plak naik tkt 8 ada jualan gudang. Dia beli Polo Jeans 2 helai, pehtu paksa2 aku beli baju. Tapi aku pening nak pilih, sbb ramai sgt manusia.


Eh tetibe aku tak de idea nak ending da story,

ok, bye!

Monday, November 28, 2011

Masak dgn kasih syg

- Sambal Jering + ikan bilis -

Perghhh lama tak makan jering apetah lagi memasak sendiri sambal peberet laki aku neh. Pedas meleting! Lauk ni je dah cukup tuk laki aku makan berpinggan2! Sebabnye...

"Memasak dengan penuh kasih sayang" kata kawwwwww!! ;p

Friday, November 25, 2011

Rezeki Maal Hijrah

Alhamdulillah..

Syukur sgt! Last week boss ada panggil kitorang untuk group A je. Maklom la kami ni dok merge aje. So kami Group A. Ada 3 group dah dalam company ni. So kami pioneer.

Last met boss ada inform selain dari tok nenek benefit yg dapat dgn company skrg ni, benefit2 dari memula kami join company terdahulu still boleh enjoy the benefit. So double triple benefit laa.. Ikutkan masa sign aggreement ngan company skrg, some benefit yg kita dpt dulu dah mansuh. So recently derang bg balik. Hanya yg original group A ye.

Dan bos mention salary adjustment untuk 8 org staff sahaja yg "underpaid". Previous aku dah dapat. This round tak sure la kan. Last week till monday baru ni kan tak dtg. Kwn2 semua dok tanya2 siapa laaaa yg layak dpt surat salary adjustment tu. Sebab bos dah kasik surat "festive bonus".

Mase aku bz buat keje tetibe bos dtg kat aku serah 2 sampul. Haaaaa kau boss yg dtg kt meja aku, bkn mcm staff lain kene dtg hadap ke bilik bos. Homaigoddddd! I'm the lucky one! Alhamdulillahhhh.. Syukur sgt! Rezeki Maal Hijrah!!

#senyumsimpul

MC lagi hehehehe

Isnin aku MC lagi. Sebab… aku letih sgt sbb kan sakit perut ngan cery bery berlarutan tu. So g jumpa doktor clinic lain plak. Mmg perut aku masih byk “angin lagi. Tu apsal aku rase tak selesa. Kene makan bubur je. Buah, oats or nestum mmg tak di galakkan. Lepas g klinik amik mak ajak g Carrefour. Nak renew lesen kat Pejabat Pos.


Tiap kali MC, mesti manfaatkan dgn jayanya.. apelagiii SHOPPING!! Lepas lunch saje2 masuk kedai Bata. Survey2 kasut tuk berjalan. Tgk2 ada yg berkenan and kene ngan regenye. Mak pulak siang2 dah beli, pehtu beli size ngam2. Bila sumbat stoking dah ketat. Kasut pink tu pilihan pertama, round punya round terberkenan kasut kaler hitam tu. So dgn nafsu serakah yg ada, amik 2 sekali both size 9! So bila mak pakai dah macam motorboat, but bila dia pakai ngan stoking tebal mmg nampak padan sgt. Motip sgt nak kaler itam tu and bersungguh2 suh mak pinjam kasut aku sbb leh pakai wat g keje pasni. Mak aku tu bsing kalau aku beli kasut byk2, wut ever aku soka both kasut ni, sbb satu kaler PINK, satu kaler HITAM.



So persiapan untuk Trip ke Guilin, China almost done. Tinggal nak beli makanan, tukar duit and packing baju je nanti. Balik tu terus call Ee SURUH DIA BAYAR BALIK KASUT2 tuh! Kahhhhh… Ee ckp “hamboiiii cepatnye anta claim!!”. Kahhhhhh..

Happy Weekends u olsss! Salam Maal Hijrah!!

Thursday, November 24, 2011

EL lah pulok!

Dah ler smlm Mc, hari Jumaatnye sambung EL ye kawan2 ! heaven giler je… eh tak ni siyes. Malam tu kan aku g birthday kazen aku kat umah nenek, maybe perut lom sembuh aku g belasah makan satey, makan KFC makan mee, minum coke, minum sirap limau bagai… malam tu aku dah sendawa “masam” (busuk gilerrr!). dalam hati dah rase semacam!! Ahhh sudahhh

Betul tekaan aku, kul 1 [agi kot aku dah start check in kat toilet! Sampai ke subuh. Haa pagi tu senyummmmm tak perlu kata apa2, terus sms sedas kat boss aku cakap still tak sihat. Seyes mmg tak sihat. Kalau semalam tu aku just muntah je, kali ni muntah and cery berry! Tapi siang tu elok plak perut aku tuh. Masa lepak2 tgk Tv mak call ibu Aqil. Then aku Tanya leh tak jaga Aqil hari ni tak yah anta BB sit? Dia kata ok leh je amik Aqil.

Weehuuu… kul 12 aku g umah amik baby Aqil. Kemain lagi suka mudak motak niiii! Mak pon happy je dpt jumpa Aqil, Makselalu cakap rindu kat Aqil, tp depan ibu Aqil cakap aku la.. adik aku la yg rindu. Ces poyos lah mak!



Baru je sebulan Aqil dok ngan bbsit tp angin dah berubah, sampai tensi mummy ko aritu. Baru 3 bulan setengah tp lagak cam budak besar! Aku bagi susu elok2 pangku dia leh melonjak2 nak berdiri sambil nyusu! Tak ke geram.. elok2 golek2 kat tilam dia leh jerit2 mintak org pegang and layan dia bercakap. Suh tidur tak nak. Aihhhh #tarik-tarikrambut

Sejak duk umah bbsit, org tu tidurkan dia lam buai. Masakla nak membela dia skrg. Tepuk2 atas katil tak mo tidur. Yang tak bleh blah tu asik2 merengek aku nyanyi la lagu2 twinkle2 little star, baba black sheep, ABC . . sampai laaaaaa lagu “ada sekor anok tupaiiiiiii” !!!! ha kauuu! nasib tak sempat nyanyi... "wa timang wa timang landokkkkkk!!"

Adoiyaiiii la anak!! Hish nasib anak org, kalau anak mummy…mummy geget2 mudak motak neh!


Aqil @ 6 months - 6 kg!!

Wednesday, November 23, 2011

MC katanyaaaa

Khamis lepas aku MC. FOOD POISONING u olsss!! Rabu ptg tu aku lepak minum makan nasik lemak kat kedai bawah nun, makan 2 bks ko! Tapi aku syak sbb makan nasi lemak tu la.. ye ler derang anta pepagi kat kedai tu, op kos la sebelum subuh dah siap packing kan? Yang aku plak dah tau g makan nasi lemak tu kul 6 ptg. Seyes masa makan tu tak de la bau masam or ala2 basi. Belasah tak hengat la kan? Malam tu kompem tak makan, consider kul 6 ptg tu dinner time tuk aku lah.

Esok paginya rase semacam, tak sempat ke toilet dah terbelahak muntah! Eyerkksss… then terus siap g keje, masa siap2 tu rase nak muntah lagi.. haa muntah dan terus muntah dan lagi dan lagiiiiii. Confirm MC hari ni
#senyumsampaitelinga


Dalam rase sebegini selalunya mmg kompem dapat MC kan hikhikksss.. so sebelum g klinik aku ckp kat mak nak g ecurve, hah laju la mak aku tu bersiap. Balik klinik terus amik mak and dass ke eCurve. Sampai2 terus tuju DAISO nak carik “Winter Wear”, ecececehhh… poyo sgt kan? Eceli nak beli stoking2 tebal, stoking jejari, glove… homaigodddd!! Berpinar bijik mata. Semua chomel2 sokmo!! Kalau beli brg aku ngan mak je kira okey la kan? Ni cousin2 aku kirim sekali. mau tak pitam di situ!! Aku plak dah la perut kosong, minum air kotak je dah rase berpeluh nak pitam kat situ. Lama giler memilihhhhh!!

Lepas tu langkah2 longlai sementara tunggu Ee dtg eCurve tuk makan Ayam Penyet. Usha2 luggage beg. Tak pernah ada luggage beg yg besar hat "32” tuh, terjebak beli and partu laju2 g simpan barang kat kete sbb Ee dah sampai kat Waroeng Penyet tuh. Owh wweet sgt dpt lunch ngan husband! Gelik! Gelik! Lepas makan g Ikea beli karipap sedozen and usha barang sket. Balik dan melepak ke rumah nenek sajork.



Damage cost untuk hari tersebut iyolah:

Medical RM60 + Luggage Beg RM219 +
Winter Wear RM75 + Foldable beg RM35

Belum berjalan dah berabissssss… tsk tsk tsk!

22 days to gooooooooooooo!!

Dgn sedikit kerajinannnnnn

Morning u olsssss!


Semalam tingin nk msk macaroni goreng. Tgh malam gigih merebus macaroni and sediakan bhn. Tp pagi tadi bgn leh lupa lak pasal macaroni goreng ni. Berjaya gak masak pepagi hening tadi.


Jempot mkn uolsssss! Bismillahirrahmanirrahimmmmmm


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, November 22, 2011

Manehnyeeeee susu neh!

Lately ni try avoid mkn mlm. So far dalam seminggu at least 3 kali aku gantikan dinner dgn minum susu campur oats or nestum. Tapi mlm ni aku buh 5 scoops susu Anlene + 1 sachet slim up (pemaniz tiruan). Makaihhhh manis seyh! Next time kalo minum plain tak yah buh gula la eh.


Nite uolss..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Gatal tapak tangan!

Skrg kul 4.30am. Dari kul 3.30am tadi aku terjaga sbb tapak tgn belah kiri GATAL  menggila!! Dah rendam air panas kuku, dah sapu minyak, dah gosok ngan towel . . Tak jalannnnnnn. Adoi seksa! Kenot sleepppppp! Sat lg nk g keje, kang tersengguk2 kangggggggg! Apo den nk buek niiiiiiiii? ?


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 18, 2011

Best remedy!

Hari ni aku tak keje. Semalam dah MC. Kul 4am tadi aku muntah and cery bery lagi. So malas nak g klinik, amik EL je. Cuti pon ada 9.5 hari lagi.

Aku tak larat dah sbb ngantuk dok ulang alik toilet. Smlm beli karipap kat Ikea, so pg ni panaskan and buat air TEH O HALiA. Aku admit ni mmg penawar terbaik untuk aku. Tiap kali jadi camni aku akan minum air ni.

Now dah legaaaaaa...

Kau hado?

"Happy Birthday Mak!" - baby Sakinah anak birthday girl smlm.

Semalam aku MC, dari subuh muntah 4 kali nasi lemak ptg smlm! Entah2 pg tu punya jual ke ptg. So lepas ke klinik terus "baik" pulak kan? Cergas ke eCurve & Ikea.

Balik tu singgah umah nenek, makcik aku kata abah Sakinah ni nak buat surprise birthday tuk mak Sakinah. Sekejapan je Abah Sakinah balik and suh join sekali makan2 malam ni. Aku malas, tp Abg Fazli beriye siap call Ee suh dtg. So aku balik kejab amik Ee ngan Adik lepas maghrib baru pergi.

Masa otw...

Laki: Fazli buat surprise birthday tuk Shikin eh?

Bini: A'ah B. Dia suh cik Lis masak sket, and panggil adik bradik dia je. Td kebetulan kitorang lepak sana tu yg terjoin sekali ni B.

Laki: uihhh romantic nya Fazli ni. Siap buat surprise tuk bini.

Bini: ye la org syg bini. "KAU HADO"??!! #sentapnakmati

Laki: #gelaksyaiton

Bini: B birthday ayg pun lupa, tarikh nikah pun tak hingatttttt! Pui!!

Hadoi tu la kan.. Kat Hotfm Rabu aritu pon ada open pasal date2 ni. Mostly lelaki mmg lupa la date2 penting ni kan? Beruntung la korang yg suami sgt mengingati tarikh2 penting ni.

Kalau birthday aku ngan Anniversary kene sound awal2 kat Ee. Kalau tak sentaaaaapp! Mmg hampes begitu saje. Tak semestinya gift, at least dinner kat tempat2 best pon dah memadai. Gift tak heran sgt sbb Ee jenis belikan gift anytime dia nak and bukan on special date. Haihhh lain org lain caranya kan?

Wednesday, November 16, 2011

It's a Generation Gap!

December nanti ada show kat wayang “The Adventure of Tin Tin” kan? Aku pon tak tau ape menatang tu. Zaman2 aku dulu kartun Scooby doo, smurf ada lah kan? Aritu ada iklan citer ni, pehtu laki aku..

Laki: Ayang penah tgk citer Tin Tin ni tak?
Bini: ntah. Tak pernah pon!
Laki: kecik2 dulu kan B selalu tgk citer ni. Syok tau layan
Bini: ala mana la nak layan. Scooby doo tu tau la
Laki: ala takkan la tak pernah tgk.
Bini: hishh mmg la tak pernah tgk. B dah besar baru ayang lahir. Tu pasal tak pernah tgk. Ni la yang di namakan “Generation Gap” tau B! #gelakguling-guling
Laki: ciiisss keji ayang ni!!!


ni "Tin Tin" zaman laki aku kecik2 dulu kot!


ni latest version 2011

Tuesday, November 15, 2011

Panic attack pepagi!


Pagi2 ni dah lencun mak berfeloh-feloh! Mana taknye, pagi tadi aku nak start kete kenot go! Memula aku ingat bateri kong, ye la bulan depan genap 2 thn aku pakai kete ni. Maybe sbb bateri, tapi takde kuar kat dashboard pon tunjuk bateri. Pijak brek pad then kuar kat dash board “Press brake pedal to start engine”. Hahhh sudahhhhh! Pedal brake tu dah terlock sendiri. Ni perkara biase ye uolsss. Tp jarang lah berlaku.



Lepas kuar camni, nanti kene tekan kuat2 sket pedal tu tuk releasekan lock tu. Takyah la raba2 pedal tu mmg takde lock nya. Cuma mmg brake system forte ni camnih ye. Naik berpeloh2 mak sambil berfikir2. NAK EL? NAK HALF DAY? NAK TUMPANG MAKCIK? Dekat 10 minit! aku call Ee dia suh try itu ini. Yg tak leh blah “cuba ayg tolak kete tu ke depan sket. “ pale otak la B! giler nak tolak kete tu. Ingat bini awak hulk ogen ke? Aku dah tak kuase nak try, aku call je makcik aku nak tumpang dia sbb aku tgk kete dia tak jalan lagi. Sambil kemas2 balik beg, saje je aku letak kaki kat pedal tu. Haihh elok plak kasik signal suh tekan push button suh start enjin. Wallaweiiiii… lega! Terus gerak g keje sbb dah kul 8 lebih time tu. But syukur sgt perjalanan ke office tak jam hari ni. Di permudahkan perjalanan ke office walaupon terlewat. Ngam2 sampai parking 8.30am.




Huhuhu… sape drive kete Kia Forte ni yg tak pernah kene insiden camni, one day kalau terkena jgn panic ye. Sbb aku dah terkena 3 kali, Ee kene sekali. hahahah memula gabra, dah ada experience releks je. Cuma pagi tadi sbb nak g keje kan. Panic la di situ. Pestime kat Kia service, masa collect kete. Terus panggil budak Kia. Dia ajar la camne nak handle. Dia kata perkara ni normal, sbb kita start kete ni guna pedal brake. Dia kata memula dulu owner kereta call panggil towing sbb tak leh start, actually masalah pedal brake ter lock je pon. Hahhahaha




Sampai2 office, bos aku tanya nape ngan kete aku. Aku pon explain la kete ni “keyless system”. Start kete kene tekan pedal brake & “push button” serentak baru enjin leh hidup. Dia kata naper camtu? Sebab kete ni tak de tempat cucuh kunci tu, sbb tu ler “keyless system”. Nak bukak pintu and nak start enjin main tekan2 je. Remote dok diam2 lam handbeg ye. Sangat mudah bukan? Takdelah hegeh2 carik kunci dalam handbeg yg bersepah cam reban ayam tuh. Yang ada anak mana nak dukung anak, nak bukak pintu, nak pegang barang, and kalau hujan semua nak di pegang. Inilah jawapannye. Sgt membantu para ibu2 yg berdikari! Heheheh.. Hadoii tetibe jadik salesman plak kat dia explain features kete haku neh.





Amacam? Korang minat? Gosok2 la laki korang suh beli kete macam aku. Ajak laki korang pergi Kia Showroom. Highly recommended! Features BMW beb!! sorry dah termelalut plaks. hiksss!



Sunday, November 13, 2011

Sup daging qurban!

Matiklaaaaa entry makanan je kan? Nampak sgt tak de xtvt. Seyes tak de xtvt beb! Harini mak masak daging qurban buat sup. Makan ngan macaroni. Sooooo yummy! Alhamdulillah tahun ni byk dpt daging sbb block aku qurban 3 ekor lembu. Meriahhh uolsss!


Semalam dan harini adalah duduk dirumah sajork. Duk mkn tidur layan tenet tgk movee browse sana sini. Ok tu je laaaaa duk ulang! Laki aku asekkkk tidurrrr je. Naik bosan bini dian kang aku kuar merayap mak aiu marah sbb tinggal laki kat rumah. Maka dok umah diam2 sudahhhhh.


Huhuhuhu. . . What a boring weekend huh?!!


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, November 12, 2011

Sedapppppnyeeee lontongggggg!

Selamat pagi uolsss.


Pagi ni ujan woooo. Tapi pagi pago tadi aku dah suh adik aku beli lontong n nasi lemak. Lontong ni sedap di kawankan dgn kuah kacang and sambal. Kalau raya ada buh serubdibg kelapa. Mmg terbaeklah! Nasib la gerai bawah nun ada jual and sedap rasenye, kalo tak tunggu raya la baru dpt rase.


Jemput makan uolssss! Ape plan hari ni??


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 11, 2011

Keguguran...rambut

Salam Jumaat Uolss...


Ramai di luar sana yg happy sbb of coz la kan hari ni hari jumaat, esok rehat cuti lalalallalaaa... Ada yg tunggu kelahiran anak, samada normal or C-sec kan. ada yg menikah tarikh ni. huiiii lenguh tangan tok kadi!


Aku plak ada masalah 11 helai rambut yg gugur... huhuhu... sebenarnya byk!! dalam seminggu baru aku pasan banyak helaian rambut atas katil . lelama naik risau lah! maunye tak risau. korang ada sugesstion tak? syampoo or minyak2 ke kan?


Kawan2 aku cakap sbb aku selalu blow rambut ngan hair dryer. Ee plak cakp sbb tukar2 shampoo. huhuhu... kalau tgk betul2 byk anak2 rambut tumbuh,. sama byk dgn rambut yang gugur tuh. naik risau.. ngadu ngan laki aku. dia ckp camni


"Itu petanda ayang dah kene pakai tudung!"


huhuhuuu.. meresap ke QALBUUUUUU !


BTW, hari ni 11.11.2011 adalah sweet birthday Kak Ai! and juga along abg iparku.. ngehhh ngehh ngehh! Happy birthdays uolsss!


Happy Weekend tuk uolsss jugeks!

Thursday, November 10, 2011

Yik Mun Pao!


Last Friday kan aku EL ikut laki ke Lumut. Huahuaahuweiiii. . . Dapat ler lunch kat Gulam Rasul tapi bkn kat town, dkt satu tempat nun dkt2 jambatan nak hala ke Manjung/ Lumut. Taram je la labuuuuu... Tapi sini cam tak best sbb yg kt bdr Teluk Intan tu lagi besh. Or sebab dulu mkn tgh lapor and g reramei ngan sedara mara terase sedap gilos babas owhhh!


`Tahukah anda ayor sejuk gelas besi kat Gulam Rasul adalah palinggggg sedap!` ~ ngehh ngehh ngehhhhh


Lepas mkn sini jalan ke town. Cuaca adalah gilos babes panassss! Ke Leaning Tower la kejabbbb sebab laki aku nk menyinggah jedai jual barang pancing dekat2 situ gak. Nampakkkk je kan? Aku lepak lam kete he sbb panas sgt! (Gambar takde sbb tak bawak camera and malas nak bergambar walau ada BB and Tab!)


Otw balik tu nk nyinggah RnR Ulu BErnam sbb nk borong Pau ni. Huhhh heavennn mkn panas. Op kosssss la mak tapau bwk balik. Ni malam tadi aku nyer dinner. Burppppppp. . . Alhamdulillah.


HOME SWEET HOME @ 6.30PM.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Alhamdulillah.. selepas setahun


Alhamdulillah..ni la mak aku hari ni. Sihat kan dia? Syukur sgt mak sihat seperti sedia kala. 2-3 hari lepas, aku kebek entry setahun yg lalu.. sedih sgt sbb keadaan mak sgt teruk masa buat kimo. But Alhamdulillah, lepas setahun ni la keadaan mak aku.

Mak banyak rehat sampai dia boring. Raya baru ni dia amik balik tempahan jahitan. But only for close relative and yg senang2 je la.. baju kurung, kurung moden, kurung Pahang sudahhh… no lining2 yer! Hahahha

Tak pernah seumur hidup mak jaga anak org, and haritu dia tlg jaga cucu sedara dia for about 2 weeks. Owh Aqil kamoo sgt bertuah nenek jaga kamoo. Kahhhh… pastu dah rindu kat Aqil plak dia, huhuh… mummy pon rindu Aqil jugak!

Aktiviti terbaru dia siapkan 9 hantaran kazen aku tuk bertunang last week. Siap gubah fresh flower bagai. Haaa kooo! Mak aku tu mmg tak reti duk diam. Ada je benda dia nak buat. Biase la dia dah biase busy, dok2 saje memula dia suka lelama buhsan!. Dia ckp nak keje kedai cina buat gubahan la.. ada2 je mak aku neh.

Actually, mak skrg tgh buat kimo lagi. Dia kene buat another 17 sesi kimo. Tapi aku tak sure kimo ni panggil ape la. Tapi mmg takde effect ape pon. Mak still drive pergi and balik sendiri. Now ada balance dalam 7 kali kot. Ni doctor yg rekemen. Kimo ni ala2 pencegahan katanya. Memula aku takut jugak kalau2 mak tak kuat macam sessi terapi dulu. So far Alhamdulillah. Mak masih kuat.

Happy kan bila rase org yg kita sayang sihat dan ceria seperti biase. Mid of December ni, aku ngan mak akan fly berholiday berwinter2 ke Guilin, China. Musim sejuk okeh! Memula aku takmo pergi, tapi mak beriye nak sgt pergi. Sbb dulu dah janji kalau mak dah sihat mmg nak g jalan2. Heheheh… mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Insya’allah…

“Dugaan Allah SWT terlalu hebat, sama seperti nikmat yang di berikannya... “

Wednesday, November 9, 2011

WW - ketupat palas

1st time beli ketupat palas for raya. Selalu mkn kt rumah aunty je kt KD. Elok plak singgah beli lemang ada jual ketupat palas ni RM1.00 seketul.Sedapppppp sgt!


Published with Blogger-droid v2.0.1

8 hours a day!

Topik pagi ni kat Hot.fm pasal kerja melebihi 8 jam sehari. Tersenyum aku dgr tajuk ni. Why? Sbb aku penah lalui semua ni. Since December last year, aku take over some report dr my collegues due to few person left the company. Start aku take over report tu, setiap hari aku balik paling awal pukul 7.30mlm, paling lambat kul 9.00 malam.


Then lepas company merger and kita pindah duduk dalam satu office (dedulu lain bangunan, lain floor) makin busy. Sabtu ahad datang kerja, tak siap kene bawak balik and stay up lagi buat kerja sampai kul 2-3am kat rumah. Sampai balik rumah stress sgt! Best part aku tak pernah claim OT, meal allowance, parking and mileage(sabtu and ahad jeboleh)!! Busy sgt sampai tak sempat nak buat claim tu semua…. tsk tsk tsk! (sbb aku happy sgt kot sbb dpt bonus 3 bulan and naik gaji 2 kali tahun ni… Alhamdulillah)

Until la aku miscarriage kali ke 3! I was crying because salah satu musababnye sbb kesibukan kerja ni. Damn stress, tertekan, serabut! Takde life!! Dan di saat aku keguguran that time aku masih fikir kerja2 aku yg berlambak tu. Start dari situ aku try minimize kan masa aku kat office.

And now … Alhamdulillah, aku manage balik life aku sebab… sebab…

Some report aku dah musnahkan! Kahhhhhh… aku akdang tak paham some report yg boleh generate dalam system tapi ko susahkan hidup aku untuk key in manual. Hahhahahah… then some report dah di taken over dr bhgn operation. Alghamdulillah.. lega. Sbb aku bahagian client services nape perlu aku buat2 report tu kan? And sepatutnya aku kene focus servicing client and agent to fulfill their needs.

Makanyaa.. amatlah happy aku sekarang dtg 8.30am , balik 5.30… dan jam 6 aku dah bergolek2 atas katil tunggu Upin and Ipin! kahkahkahhhh


Happyyy sgt balik on time! and of coz la haku datang pasti ontimeeee!! weeeee

Friday, November 4, 2011

Cuti 4 hari !

Salaammm Jumaat u olsss!

I'am heading to Lumut! Heheheee.. Teman Mr Ee g site visit. So EL la hari ni. Sesuka hati je kan? Sesekali sekala keluar dari KL Syiok jugakkan? Spending time katanya.

So hari ni dah cuti, sambung Sabtu and Ahad raya haji plak and extra lg cuti Monday. Ouchh.. Heavennnnnn!

Selamat Hari Raya Haji u olsss!

Tuesday, November 1, 2011

P.a.V.L.o.V.a

Salam "1.11.11" u olsss!!


Lama kan blog aku ni ala2 bersawang segan2, bukan ape, awal bulan aritu bz giler, ni dah suam2 kuku pon malas gak nak hapdet. Hari ni dah 1hb, so kejab2 lagi mula lahhhh busyyyyyy!! so sebelum busy, meh ler aku naikkan cerita sket.


aku rase dah sebulan kot aku dok meroyan nak makan PAVLOVA. Dok la kebek blog Kak Nani Rostam, nak order jauh di Shah Alam. So dok google resepi, tapi cara tak tau,.ku gedik2 mintak laki bawak g Alexis, tapi ada je hal. tapi di suatu hari tu tak jadi ke Alexis Bangsar, so g Alexis GE Mall je sbb dkt. tapiiii... hampe! ee ajak g carik kat Ben's and The Apartment KLCC , aku dah tak kuasa sbb dah penat!


At last last week download kat Joy's of Baking cara wat Pavlova... ni ler hasilnyaaa!! meletops tak?? tapi aku buat lebar sgt, so jadik cetekkk je "merinque" nih. Hasilnya... luar rapuh, dalam nye supposed rase cam marshmallow, tp dh rase2 caramel chewy2 gitew! kahhhh....




Aku masih tak puas ati sbb tak rase PAVLOVA yg sebenar. kalau dah dpt rase sure la dah leh agak rupa and structure sebenar Pavlova ni kan? haihhh.. bila la nak merasa eh?PAVLOVa ni rase nye manisssss sgt!! dalam resepi buh 1 cawan gula, aku buh 1/2 cawan pon manis. but sgt balance dgn rase buah2 yg masam tuuuuuu. aummmm PAVLOVA!!