Ok kita sambung trip aku kat melaka. So Meeting adalah tamat jam 11.00 mlm. Perghh.. walaupon duduk di sofa lobi Seri Malaysia, buntut aku dah kematu okeh. Lucky ada BB leh online sampai lebam sampai x tau nk klik mende dah.
Kepala aku dah spinning2 dah. Maybe masuk angina kot sbb Tgh hari tu aku x mkn, dah sampai melaka makan mihun x sedap. Kehkeh.. so berdesup carik hotel yg di maksudkan. Sampai Bandar hilir jammed hamat. Depan Dataran Pahlawan jammed x bergerak. Singgah drive thru beli Prosperity dulu untuk aku je sbb EE kata dia DAH KENYANG. Ok fine. Sepanjang jammed tu yg kata kenyang tu dok cilok McD aku. Sentap aku okeh :P
Dengan jalan jammed, dengan di waktu malam sesat barat nak carik HOTEL ABADI tu. Rupanya salah simpang. Patutnya lepas Mahkota Medical Centre aku kene belok kiri, tp Ee belok kanan. Dah jauhhh pusing tau.
12.30am -Finally selepas sejam setengah kesesatan, akhirnya jumpa jugak HOTEL ABADI ni. Aku dah sentap time ni, kalo balik KL dah sampai kan? Sentap sbb ape tau.. aku dh byk kali suh laki aku call hotel, lepas call sekali dah sesat pon dia x mo call! Kalau berjalan selalu sentap sbb dia suka buat plan ntah ape2 je, grhhhhhh!! mmg patut susah nak jumpa. walaupon besar, tp lampu ngan signage ke hotel ni mmg x nampak.
Dah jumpa Abadi Hotel ni… rase CUAK ok! Tgk2 kat basement tu banjir. Terus Ee turunkan kat Lobi. Tp x de org. Terus g reception counter, ada sorang staff. Uiks.. peliknye.. hotel ni besar tau. Tp ada sorang je staff. Erkk?? Aku fikir maybe sbb we all late check in , org x de la. Tp ko x pelik ke bila sorang je staff ada situ.
So dah bagi bilik. Aku tanya la..
Aku: “Hotel ni baru bukak kan?, akak search td bukak 26 Nov aritu”.
Staf: “aah… malam ni akak je yg check in sini”.
Aku: “gulppp dalam hati”.
So. kitorang pon g ke lift. Lift dalam ok, Cuma biase2 je. Sampai tkt 4, keluar la.. sunyi sepiiiiiiiiii… ati aku x sedap dah.. aku fikir “eh dah macam citer antu Blok 404”.. ngeee… bilik aku adalah 409. masuk2 ting!! Bilik ok, rate 3 star je pon. Cuma masih belum siap sepenuhnya laa . . . kat toiler, kat karpet still ada stain simen. TV x de siaran, kuar bintit2, dgr suara n siaran pon segan2 nak muncul. aku pasang kuat2 okeh.. sbb.. sbb.. aku TAKUT.. nk makan pon x lalu, sbb perasaan seram suam kuku menyelubungi aku. Kahhhhhh (mcm citer antu tak? )
Ee sampai2 terus on Lappy. Ngan siapkan kerja dia. Aku dok main bbm ngan ila citer pasal bilik ni. Ila pon cuak dgr aku citer. Pehtu terus tidurrrr (sbb cuak2). Aku ni kalo tidur hotel mmg selalu terjaga. Tp tidur bilik ni ok plak. Serasi gitu. 6.30 baru aku bangun. Heheheh.. smile.. sbb dah pagi. Tak takutt sudahhh. Gateiii…
So bgn2, terfikir2 nk turun g bekpes ke tak? Nak call suh anta kat bilik. Tapi… aku laki bini je yg stay kat hotel ni malam td. Ada ke? Tp cam rase malas je nak bersiap, mkn je junk food bekalan yg aku bwk tu sambil layan you tube citer MAGIKA. Abis 1 movie aku tidur balik. Dalam dekat2 kul 10 aku terjaga sbb dgr “Room Service!!!”… “Room Service!!”… dgn terpisat2, aku g kat pintu, tp tak bukak. Aku fikir lagi.. “eh ada ke aku panggil room service? Nape dia tak call? nape x bunyi door bell”. Patah balik g katil. nak bukak pon takut kan? sbb kita je duk kat floor tu. risau gak. Then sekali lagi…. “Room Service!!!”… “Room Service!!”……..
To be Continue ....
-Alyn -
3 comments:
hahahahahaha aku GELAK DULU!!
hayoyooooooooooo....cepat sambung!!!
oit
suspen jer
saper yg pggil room service???
Post a Comment