Tuesday, November 30, 2010
Tak mampu
Monday, November 29, 2010
Mum admitted
Again
Belated Eid Adha
Tuesday, November 23, 2010
Rezeki tsk tsk tsk
Salam semuaaaa
Lama aku x update. bukan nk biar bersawang, tp minggu2 ni terlalu la bz. Bbrp minggu lepas, entry berkisar tahap kesihatan mak x brp stabil, sampai aku EL 3 hari. dgn sibuk urus hal pindah ke office baru. ni pon aku curik2 update. rajin2 kan diri buat auto publish. SBB?? skrg aku dah x leh YM ngan FB lagikk. kene follow BANKING PRIVACY RULES required by Bank Negara. huhuhuuuu....
Sunday, November 14, 2010
Grade ‘A’ ajerrrr
Antara dialog makcik ni yg x leh blah
Makcik: anak awak dtg naik ape?
Mak aku: dia drive.
Makcik: dia drive kete ape?
Mak aku: laki dia belikan kereta Naza Kia
Makcik: ooo anak saya ada 3 bijik kereta Naza Kia
Mak aku: oo anak akak yg pompuan tu dtg drive la yea?
Makcik: tak la.. dia naik teksi
(kete 3 bijik tp dg naik teksi)
----------------------------------------------------------
Makcik: comelnyer anak artis ni
Aku: a’ah comelkan anak dia?
Makcik: Dia ni beranak kat prince court
Aku: aah. Anak sulung dia yg meninggal aritu pon kat situ
Makcik: ko tau tak hospital prince court tu mahal tau. Artis2 , datok datin, sultan2 je pergi situ.
Aku: a’ah.. menantu makcik nurse ke kat situ?
Makcik: x la.. dia tukang amik2 nama jer
(ish.. poyo tul makcik ni)
---------------------------------------------------------
Makcik: ni la adik. anak makcik yg belajar kat universiti tu
(sambil salam2 ngan kami. tp anak dia bagus, diam je)
Makcik: adik ni tgh amik degree. lepas ni sambung master , sambung PHD
(ish poyo.. sampai andartu la anak ko makcik kalo sambung terus ke PHD)
Saturday, November 13, 2010
Terima Kasih semua
Friday, November 12, 2010
Mak Pesan...
Thursday, November 11, 2010
Banyak Kuman!!!!
Makcik ni pon sama naik ngan indon tu. Marah2 sbb keadaan toilet tu. (cian mak aku). Lucky makcik katil sebelah tu jadi peguam bela mak aku. Terus kene sekolahkan jugak ngan makcik sebelah, thank you makcik RASMAH, ayat makcik Rasmah adalah…
“Kenapa nak marah2? Kalo dia ni (mak aku la tu ) ada kudrat nak ke dia saje2 berak kat depan pintu tu? Dia nak ke mintak keadaan dia camni? Korang x fikir ke kalo benda ni jadik kat korang?”…
huhuhu.. tersentuh aku ngan pembelaan makcik ni. Mekasih makcik! Ptg smlm, nurse dah alih mak ke 2nd class kan? Mase aku balik ptg smlm, bertembung ngan makcik asthma attack ni kat lobi lift. Tetiba…
Makcik : Kenapa mak awak pindah bilik belakang?
Aku: ooo.. mak saya mmg dok 2nd class. Tp aritu x stabil doctor alih katil situ sbb nk pantau keadaan dia yg x berapa stabil tu. Lagipon doctor cakap, kalo dok luar ni x elok untuk mak sbb org ramai.. pehtu banyak kuman kat luar ni"
Hahahah.. kene seDASSSS ko makcik! Tu laaa len kali fikir sket. Ko tu dah kene asthma attack pon lagi nk attack2 org. aku dgr dia borak ngan anak dia lagi sian… masuk wad tp anak2 x sediakan kelengkapan secukupnya.. amik ko, muntahhh satu badan. Tu la dah dapat CASH!
P/s: GTG… time off @4.30pm - yok visit mak!
Alahai..bukan sengaja
Sampai je spital, makcik katil sebelah cerita. Mlm td mak aku mmg cery bery, sampai tercicir2 kat tandas. Sian mak. Sob.. sob,, aku x tau pon, sbb pagi tu aku call mak x cakap ape pon. Sedih aku tau,, pehtu kan makcik tu citer, indon cleaner tu marah2 mak aku. Cleaner shift malam tu leh plak pas story tu kat shift pagi. Apgi tu cleaner indon pagi tu pon pergi kat katil mak aku marah2 sbb najis bertabur. Sedih je, kalo aku tau, mesti la aku dok spital jaga mak… huaaaaaa… kuang ajaq nyer indon!
Makcik sebelah tu tolong maki indon tu, marah betul makcik tu. Suh aku carik no tepon redicare nk report benda tu. Huhuhu… masih ada insane yg membantu. Mak aku mmg buat derk je. Ye la dah x de kudrat, dia pon bkn nk tabur merata2 kan? Kalo kita ada kudrat yg sihat mesti x akan jadik camtu kan? Mekasih makcik sebelah. Makcuik tu plak sampai nangis2 bela mak aku.
P/s: pagi td mak aku ckp, si indon tu dtg mintak maaf kat mak aku. TAU PON KO KAN??
Wednesday, November 10, 2010
Mum Admitted
2-3 hari lepas kimo ok lagi. Sempat masak Laksa bagai. Leh mkana lagi. Khamis tu dia dah x berapa larat. Makan pon x lalu. Makan sikit sgt2, pehtu cery bery sesado. Berhari2 camtu. Till la Isnin ptg tu dia kata jalan pon dah nk jatuh. Risau jadik ape2 kan. Dah la sorang pesakit eksiden lom baik lagi. X leh nk nolong la kan.
Lepas maghrib siap2 ke Emergency Hospital Ampang. Sepatutnya mmg mak kene pergi HKL. Doctor HKL mmg dah pesan, kalo sakit melarat hantar HKL. Tp di fikir2kan, maybe nk drip je sbb mak x lalu makan & cery bery je kan. Sampai sana kene drip 2 botol air. Start kul 11mlm till 1.00am camtu. Lepas mak masuk wad emergency tu, aku terus balik umah,. Letih sgt2. then kul 1.00am tu mak call ckp kene masuk wad sbb result blood test tu menunjukkan keadaan mak yg sgt tak stabil. tp sementara ni duduk kat emergency lagi.
Esok nya baru la pergi.. kul 9.00am baru mak masuk wad. Tu pon x leh masukkan ke 2nd class sbb keadaan mak tak stabil. Pagi tu doctor round. Leh plak bising2 sbb aku bwk mak kat sini instead of HKL. Yes… mmg aku saje anta ampang sbb dekat, sbb senang nk dtg.. berbanding HKL. Susah nk park, nak kene jalan jauh … tu la reason nape aku bwk gak mak dtg ampang demi keselesaan dia dan kami nk dtg urus dia.
So doctor tu manage to call doctor @ HKL. So, lepas bincnag2, leh continue rawatan kat ampang. Alhamdulillah. Lega aku. Kowang tau la spital HKL tu punya la sesak wad dia, sesak ngan parking.. tp sungguhpon camtu.. HKL adalah tempat yg terbaik, yg semuanya ada.. semua jenis ubata, semua jenis perubatan, semua jenis doctor.. LENGKAP! X perlu di ragui!
Keadaan mak semakin ok. Lunch smlm dia lalu la mkn. Abis nasik separuh. Suka aku tgk dia makan. Tp pagi td aku call dia. Dia kata dia cery bery malam tadi.. Alahai siannyer mak.
Ok la kawan2. itu je update setakat hari ni. Nak siap2kan keje, dlm kul 4ptg nanti aku balik nk tgk mak ptg ni. Smlm dia request air kelapa, tp x tau nk carik mane. Mase aku balik smlm aku nampak kat tepi sepital tu ada org jual air kelapa, leh la belikan mak jab lagi, daaaaaaaaaaaaa…..
Tuesday, November 9, 2010
Malang Tak De Bauuuu
Haihhhh... tu ler , mak ckp x mo dgr. Kejadian ni mase dia balik sembahyang Jumaat. Jumaat tu laki aku nk g ngan dia, tp dia dah janji ngan kawan dia. Laki aku dah balik, kami dah siap lunch sama, dia x sampai2. tup2 call umah, suara nangis suh aku amik kat klinik. aku x panic, tp terus memetir kat tepon. keh3. (rupanya dia nangis sbb takut kene marah ngan aku !!)
Terus aku ngan laki aku amik dia kat klinik. depan2 klinik tu gak aku memetir lagik. keh3. giler kuase je kakak dia. terus amik surat kat refer dr doktor sbb nk refer kat spital. So terus bawak g spital ampang. Lepas check up, doktor ckp x de ape2. just bg injection, ngan ubat tahan sakit & antibiotik.
Sampai umah kene sedas lagi ngan mak aku. keh3. dah ler mak aku tgh kiok lepas kimo. ngan dia plak lagik eksiden. elok la aku rase nk gantung kat pintu umah WAKTU MELAWAT : 12.00 - 2.00 ptg , dan 4.30ptg - 7.00 mlm. boleyh??
Monday, November 8, 2010
Menantu shiape la tuuuuuu
Thursday, November 4, 2010
Demam+Batuk+Selsema=MC
Ini betul2 plan punyer. hehehhe... idaklaaa.. eceli aku mmg x sihat since hari Selasa tu lagi. Tp sbb nk siapkan month end report, mengigih la dtg opis. Plus urusan2 pemindahan opis ke opis satu lagi tu. So sgt la mak kebizian hamat.
Rabu tu dah siap2 kan report, siapkan ape2 yg perlu, siap2 meeting, siap2 buat ape yg patut... haa.... Baru la aman aku nk MC. keh3. tp pagi tu kemain tul selsema + batuk aku ni . Demam dah kebah, yg batuk ngan selsema tu je la...
sampai klinik, doktor baru je tanya...
Dr. Ros: "sakit ape?"
Aku: "eceli dr. sy dah x sihat sejak selasa tuuu"
Dr. Ros: "allahhhh... dgr suara pon dah tau. x leh g keje ni."
keh3. laju je taw doktor ni. sungguh memahami.. ni yg i nak click button "LIKE" ni. haahahhaa... So, dpt Mc, dpt ubat yg lepas makan terus zzzzzzzzzzzzzz.
Happy dapat MC, Happy Deepavali lerrrr!!!!
Wednesday, November 3, 2010
Dating lagi
Cuti-cuti Cinta
best gak citer ni. Kelakar. Aku ske je layan citer2 camni. Hahhaha..
Game bola RM180 + The Sims RM165 = RM345
Lepas Movie jalan2 round2 jab. WW ni bkn besar sgt pon. tp leh la.. buat cicir2 duit. Kali ni grab game tuk Ps3. aku selama ni mmg x layan Ps1 ke, Ps2 ke, Ps3 ke, PsP ke.. mmg x layan.. semua benda ni ada, tp aku x reti mainnnnnn.. sian aku kan? tp mase dulu ada la sekali try layan STREET FIGHTHER. ala yg chun li laa, ryan laaa.. entah ape lagi laa.. pehtu boring. sbb cd tuk game ps3 ni tak byk. So, kali ni ee ckp nk beli la.. aku mmg suka game The Sims ni, cuma x pernah main kat PS3.. rupe2nyerrrrr... 1 cd game PS3 ni adalah sgt mahal bg aku. huhuhuuuu.
Mahalnyerrrrrrrrrrrr!!!! tsk tsk tsk sungguh x di sangka! terus aku balik tgk deretan CD yg ee ada.. ada 12 CD! maknanyerrrrr, Laki aku dah berhabis beribannnnn. (kenapakah aku x tawwwwwww niiiii!!!!!). Ok lantak la.. duit dia. janji skrg aku ada game nk main. lalalalalaaaa...
Sebelum balik, lepas giann.. aku suka banget sama crepe Hot & Rolls ni.. sedapppppp!! (ih ko neh semua sedapppp!!). Tedappppp sgt. (sedap air tgn bangla ni kennn??) hehhehe.. siyes sedap.. aku suka yg garing2. krup krup krup krup.. ada mcm2 flavour, tp aku paling suka Chicken Floss & Cheese… layan u olssssTuesday, November 2, 2010
Swimming Pool @ Basement
Tp mmg wey.. x silap aku 2 thn lepas kot, ada sekor pengerusi yg perangai cam kera utan handle management building ni. Naik sampai paras Lot kete aku. Giler kan? Ntah ape la org tua tu buat. kalo x sempat kuar kan kete yg lot bawah tu, leh tenggelam tau.. ini x tipoo. Adeh.. lucky la kejadian kali ni jadik time siang, so aku balik awal, aku park kat luar. Lot aku , aku bg kat kete laki aku sbb dia balik lambat. Lot parking dia dah di tenggelami ayorrrrr…
Accident!
Pagi2 tiba di opis. Pagi td anta mum g kimo kat HKL. nk jadikan citer, tgh syiok borak2 ngan mum sementara nk Q amik tiket parking, tetibe kete kene langgar dr belakang. tu punn aku leh x pasan. SEBAB?? sambil layan borak, radio plak kuat. pehtu aku tgk gear dr "D" terus bertukar ke "N" .. memula aku ingat mati enjin ke, terlupa tukar gear ke (mase tu terus terfeeling bwk manual).. sekali baru pasan.. "rase2 cam kene langgar" .. boleh?
So, mum suh park tepi. time tu lutut dah gigil.. keh3. maklum la x pernah kene, panic weyyy. Terus terbayang bontot kete dah teruk, pehtu ngan bonet semua dah x leh katup ke kan.. so park tepi, kuar la check it out yoo!
oooo... kete honda accord yg langgar. yg drive tu DOCTOR pompuan spital HKl tu gak okeh! dia pon kuar.. "ooo x de ape2. nasib baik. maaf la dik, i tertidur".. (pale otak doktor ni :P) aku pon check.. mmg x de ape. lega.. dah check bonet bagai.. ok la x de ape2. calar pon x de. (tp td aku lupa check pintu passenger..adehhh). Alhamdulillahhh... aku check screen kat dashboard pon semua masih berfungsi. try go head gostan (reverse) pon ok, sensor masih berfungsi... syukur byk2.
Gambar dr google
"alahai doktor, jgn la tertidur mase memandu.membahayakan pengguna jln raya yg lain"
bukan doktor tu je k, kita semua pon... Berhati2 di jalan raya k!